Reunion lepas 7 tahun berpisah, Jordi Amat jadi taruhan utama kawal penyerang Kawasaki – Sukan


KELAB gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT) sedang mempersiapkan senjata paling tajam untuk dibawa bagi menentang dua lawan yang sama dari peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim lalu.

Dua pasukan yang dimaksudkan ialah kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai dan pasukan Jepun, Kawasaki Frontale dalam Kumpulan I untuk saingan 2023/24 yang mana ketiga-tiga skuad tersebut diundi bersama naib juara Liga Thai, BG Panthum.

Selain fakta menarik berjumpa dua pasukan sama pada musim 2022 itu, ia juga nampaknya akan menjadi reunion semula untuk ketua pasukan JDT, Jordi Amat apabila difahamkan akan menentang bekas rakan sepasukannya, Bafetimbi Gomis.

Bafetimbi adalah penyerang baharu Kawasaki Frontale yang mana tiba pada jendela perpindahan Ogos lalu dari kelab gergasi Turki, Galatasaray dan juga merupakan bekas rakan sepasukan Jordi di Swansea City.

Kedua-dua pemain berkenaan merupakan antara tonggak utama kelab England tersebut ketika Swansea City masih berada pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk musim 2014/15 serta 2015/16.

Bafetimbi adalah penyerang baharu Kawasaki yang tiba pada jendela perpindahan Ogos lalu. — Agensi

Bekas pemain antarabangsa Perancis itu difahamkan akan menjadi taruhan utama Kawasaki untuk membolosi gawang JDT berikutan reputasinya sebelum ini ketika beraksi dengan beberapa pasukan ternama Asia.

Sebelum ini, Bafetimbi difahamkan bekas penjaring terbanyak Liga Pro Saudi musim 2020/21 dengan 24 jaringan gol untuk pasukan Al Hilal dan dia juga dinobatkan sebagai peledak tertinggi untuk saingan ACL musum 2018/19 dengan 11 gol.

Disebabkan itu, ramai penyokong Harimau Selatan meletakkan kepercayaan kepada Jordi untuk mengawal pergerakan Bafetimbi menjelang perlawanan menentang Kawasaki pada 19 September ini di Stadium Sultan Ibarahim, Iskandar Puteri.

Pemain berusia 31 tahun itu juga datang ke Liga Malaysia dengan reputasi tersendiri kerana sebelum ini mempunyai pengalaman beraksi bersama beberapa kelab terkenal Eropah seperti RCD Espanyol, Rayo Vallecano, Real Betis dan KAS Eupen.

Jordi juga sehingga kini masih memegang takhta pemain termahal Liga Malaysia (Liga M) pada harga €900,000 (RM4.05 juta). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Masih ada harapan ligan Selangor, 3 game jadi penentu nasib Kedah – Sukan

Next Post

Lepas 2 aksi di bumi China, 3 bekas hero AFF mungkin digugur dari Piala Asia – Sukan

Related Posts