Repost cadangan fans ajak ke Kedah, rakan pasukan De Gea tunjuk minat ke Darul Aman secepat mungkin – Sukan


BERADA pada kedudukan kelima dalam saingan Liga Super 2023 bukanlah suatu perkara yang boleh dibanggakan penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC terutamanya selepas statistik membuktikan tahap pasukan tersebut.

Mana tidaknya, selepas sembilan perlawanan Liga Super pasukan berpangkalan di utara tanah air itu, skuad Hijau Kuning sudah dibolosi sebanyak 14 kali dan bagi kelab yang pernah merangkul gelaran double trouble pada suatu ketika dahulu, ia adalah pencapaian kurang memuaskan.

Sejak ketibaan jurulatih baharu, Nafuzi Zain, ramai penyokong meletakkan harapan setinggi gunung kepada pengendali muda itu dan rata-ratanya berharap pasukan kesayangan mereka dapat kembali menjadi pencabar terdekat kepada juara bertahan liga, Johor Darul Takzim (JDT).

Harapan penyokong semakin pudar terhadap pengendali dari Kelantan itu terutamanya dengan rekod bolos tersebut dan ia adalah yang paling teruk berbanding lima pasukan teratas.

Oleh itu, dengan jendela perpindahan hanya akan dibuka pada Julai akan datang, pihak pengurusan pastinya akan mencari penyelesaian terbaik untuk mencari pemain pertahanan baharu dengan rekod camerlang.

Seperti bulan jatuh ke riba, itulah peribahasa yang sesuai digambarkan untuk pasukan Sang Kenari selepas seorang pertahanan kental bertaraf bintang menunjukkan minat untuk menyertai KDA FC.

Tangkap layar Insta Story Rochela.

Pemain tersebut ialah bekas tonggak kelab Liga 1 Thailand, Port FC, David Rochela mengumumkan pada Sabtu yang dia akan meninggalkan kelab itu selepas menabur bakti selama lapan tahun di skuad Khlong Toei Lions itu.

Dalam satu perkongsian di laman Insta Story milik pemain berusia 33 tahun itu, Rochela memuat naik semula hantaran dari laman penyokong yang mengajaknya ke Darul Aman.

Hantaran semulanya itu seolah-olah menunjukkan minat terhadap skuad bimbingan Nafuzi dan ingin mengubah angin baharu dengan beraksi di Liga Malaysia (Liga M).

Rochela bukan nama asing dalam Liga Thailand berikutan pemain dari Sepanyol itu sudah mula menjejak di bumi Thailand pada 2014 dan selain Port FC, Buriram United juga pernah menggunakan khidmat bek tengah terbabit.

Tanda harga Rochela mencecah RM1.39 juta tidaklah semahal seperti Willian Lira yang bernilai RM2.1 juta dan berkemungkinan Kedah berkemampuan untuk membawanya masuk pada jendela perpindahan kedua nanti.

Bukan sahaja berpengalaman dalam landskap bola sepak Asia Tenggara, Rochela diam-diam pernah menjadi rakan pasukan legenda penjaga gol Manchester United, David De Gea.

Rochela menyarung jersi nombor tiga bersama De Gea sebagai penjaga gol untuk pasukan Bawah-17 Sepanyol. — Instagram/Rochela

Pemain yang memulakan kerjayanya di Deportivo La Coruna itu pernah bermain bersama De Gea ketika mewakili Sepanyol pada Piala Dunia B-17 yang mana pasukan mereka dinobatkan naib juara kejohanan berkenaan.

Dengan kejayaannya di peringkat antarabangsa, Rochela juga memiliki piala Thai League Cup bersama Buriram United pada 2014 dan Thai FA Cup (2014) dengan Port FC.

Rekod positif bersama pasukan lamanya itu sudah cukup membuktikan bahawa Rochela adalah pemain yang dicari Kedah untuk menghapuskan badi piala mereka sejak kali terakhirnya memenangi ketika Piala Sumbangsih pada 2017. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bukan kaleng-kaleng, ketahui pro-kontra andai bekas peledak berbisa NSFC sarung jersi The Rhinos – Sukan

Next Post

Malapetaka buat Arsenal menjelang aksi penentu takhta di Etihad – Sukan

Related Posts