‘Relax, take it easy’, TMJ selamba minta Sanusi berlapang dada terima kekalahan Sang Kenari – Sukan


KEDAH Darul Aman (KDA FC) terus kempunan memburu mata berharga selepas kecundang di tangan Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi penuh dramatik di Stadium Darul Aman, pada Selasa.

Beraksi dengan 10 pemain selepas penyerang Harimau Selatan, Bergson da Silva dilayangkan kad merah susulan insiden kekasaran terhadap Rodney Celvin, JDT tidak bermasalah untuk mengungguli perlawanan dengan keputusan 3-1.

Kejayaan JDT melengkapkan kejuaraan Liga Super 2022 mendapat ucapan tahniah daripada Penaung KDA FC, Muhammad Sanusi Md Nor.

“Tahniah JDT yang menang menentang KDA FC malam ini. Tahniah juga pemain dan penyokong KDA FC yang telah memberi komitmen terbaik.

“Kalah takpa jangan koyak. Lepas off-side dan dapat penalti dalam bola sepak memang ada juai (jual) di kedai tepi jalan di Kelana Jaya,” tulisnya pada Selasa.

Tangkap layar hantaran status Sanusi selepas pasukan Kedah kalah di tangan JDT pada Selasa. — Facebook

Hantaran status di Facebook rasmi Sanusi itu kemudian mendapat balasan daripada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) yang memuat naik satu Instastory di Instagram miliknya.

Menerusi Instastory itu, seorang lelaki kulit hitam bertubuh gempal sedang asyik menari dengan muzik latar lagu nyanyian penyanyi antarabangsa, Mika bertajuk Relax, Take It Easy yang dipercayai ditujukan kepada Sanusi supaya berlapang dada menerima kekalahan pasukan Kedah.

TMJ turut memuat naik ‘sticker’ gambar jari di bibir tanda senyap mungkin sebagai mesej kepada Sanusi untuk tidak mengeluarkan apa-apa lagi kenyataan selepas kekalahan tersebut.

Tangkap layar Instastory TMJ selepas JDT mengalahkan Kedah pada Selasa. — Instagram

Skuad Sang Kenari yang mengalami masalah prestasi tidak menentu musim ini, dimalukan di hadapan penyokong sendiri apabila gagal memanfaatkan peluang bermain menentang 10 pemain JDT.

Pasukan kendalian Aidil Sharin Sahak itu hanya mampu berpuas hati di tangga keenam carta dengan mengumpul 27 mata menerusi 19 perlawanan.

Berbaki tiga perlawanan liga, JDT melengkapkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-9 berturut-turut dengan 49 mata, jauh meninggalkan pasukan lain dalam Liga Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Lepas offside, penalti ada jual di Kelana Jaya’, Sanusi ucap tahniah JDT tewaskan Kedah – Sukan

Next Post

Shane Lowry patah siku, bukan 1 tapi 5 boleh ganti ‘tanker’ JDT – Sukan

Related Posts