Real Madrid sudah lupakan Mbappe – Florentino Perez

PRESIDEN Real Madrid, Florentino Perez menegaskan bahawa Kylian Mbappe kini sudah ‘dilupakan’ kelab itu selepas mereka meraikan kejuaraan Piala Eropah ke-14 di Paris, awal pagi Ahad.

Real Madrid mengatasi Liverpool selepas jaringan tunggal Vinicius Junior memberikan mereka kemenangan 1-0.

Terdahulu, bertebaran spekulasi mengatakan Mbappe akan berhijrah ke kelab gergasi Sepanyol itu.

Bagaimanapun Mbappe akhirnya menandatangani lanjutan kontrak bersama PSG sehingga 2025.

“Real Madrid akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan pemain terbaik,” kata Perez kepada saluran TV Sepanyol, Movistar selepas perlawana itu

“Tetapi Mbappe telah dilupakan sekarang. Tidak mengapa. Madrid mempunyai musim yang sempurna,” katanya lagi. – Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts