Rashford terlibat kemalangan, kereta Rolls Royce remuk teruk – Sukan


BINTANG Manchester United, Marcus Rashford dilaporkan terlibat dalam kemalangan kereta setelah tamat perlawanan menentang Burnley pada Ahad.

Bintang England yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya mengalami kemalangan yang menyebabkan kereta Rolls Royce miliknya remuk di bahagian belakang.

Pemain berusia 25 tahun itu dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun hanya terkejut sejurus terlibat dengan kemalangan tersebut.

Kelibat kapten pasukan United, Bruno Fernandes itu kelihatan turut membantu selepas terserempak di tempat kejadian.

Pihak polis turut datang menguruskan situasi kemalangan tersebut namun tiada panggilan bantuan perubatan dilaporkan memandangkan tidak berlaku sebarang kecederaan fizikal.

Rakaman kereta Rashford yang remuk di bahagian belakang kini tular dilaman X dan menjadi isu utama di laman berita bola sepak dunia kini.

Keadaan Rashford yang tidak mengalami kecederaan pastinya melegakan para penyokong dan barisan kejurulatihan Manchester United ketika ini berikutan akan berdepan Crystal Palace dalam Piala Carabao 27 September nanti. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gaby Guerra-JDT saling merindui, imbauan gambar dan ‘throwback’ hatrik jadi pengutus – Sukan

Next Post

Hasrat Tok Gajah ke semi final Piala Malaysia terkubur, Izham sekali lagi jadi mangsa – Sukan

Related Posts