Rakan senegara punca tonggak FC Seoul pilih hijrah ke Sabah FC – Sukan


BARU-BARU ini kecoh dalam kalangan penyokong Sabah FC mengenai kemasukan seorang pemain import baharu yang dikatakan akan memperkukuhkan bahagian pertahanan The Rhinos pada musim ini.

Meskipun belum ada sebarang pengumuman rasmi dari pihak pengurusan Sabah FC mengenai perpindahan Ko Kwang-min dari FC Seoul ke Sang Badak namun media di Korea Selatan juga sudah mulai membuat pendedahan mengenai khabar angin tersebut.

Menerusi laporan dari media Korea Selatan, Naver menjelaskan bahawa perpindahan tonggak berusia 34 tahun itu juga tidak dikenakan sebarang yuran perpindahan berikutan sebagai tanda menghargai jasa pemain legenda tersebut bersama FC Seoul.

Poster tanda penghargaan atas jasa Kwang-min kepada FC Seoul.

“Awal bulan ini, Sabah secara langsung mencadangkan pemindahan ke Ko Kwang-min, dan kemudian secara rasmi meminta rundingan pemindahan dengan Seoul.

“Ia adalah surat rasmi yang termasuk yuran perpindahan. Apabila Ko Kwang-min meminta kebenaran daripada pengarah secara langsung, Seoul tidak mempunyai pilihan selain bergelut.

“Ia bukan jumlah yang besar. Namun, saya tidak mahu membayar pemain yang melakukan yang terbaik di kelab kami. Saya berharap pemain itu akan melakukan yang terbaik sehingga akhir di mana dia mahu, ” kata pengarah FC Seoul, Ahn Ik Soo.

Sejak penampilan sulungnya di Seoul pada 2011, Kwang-min hanya menyarung jersi pasukan tersebut dan bermain sebanyak 246 perlawanan (187 K-League 1).

Namun jodoh tidak panjang bersama pasukan itu apabila sesi pramusim di Thailand antara Sabah FC dan FC Seoul menjadi titik tolak Kwang-min untuk membuat keputusan drastik untuk berhijrah ke Malaysia.

Kapten pasukan Sabah, Park Tae-Su juga memainkan peranan besar dalam keputusan pemain pertahanan itu yang mana tonggak tengah Sang Badak itu cuba untuk mendapatkan maklumatnya lebih awal.

Termasuk Kwang-min, Sabah FC kini sudah mempunyai lima tonggak import iaitu bekas pemain Gremio Esportivo Brasil, Gabriel Peres; bekas pemain kelab IBV di liga Iceland, Telmo Castanheira; bekas pemain import Kelantan yang berasal dari Nigeria, Jacob Njoku dan Jailton Paraiba kelahiran Brazil. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Barcelona, Man Utd akan buat ‘comeback’ — Xavi – Sukan

Next Post

Kabel lampu Stadium Ipoh hilang, unsur khianat halang ‘fans’ TBG ke stadium? – Sukan

Related Posts