Puluhan pelumba jatuh bergelimpangan, peminat wanita jadi punca kemalangan akhirnya terima hukuman

Selepas lima bulan berlalu, wanita itu didenda sebanyak €1,200 (RM5,720) dan €500 (RM2,3830).

PENGANJURAN Tour de France pada Jun dan Julai lalu ternyata meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan.

Paling diingati tentunya kemalangan besar-besaran melibatkan puluhan pelumba basikal yang berlaku gara-gara kesilapan seorang penonton.

Peminat wanita itu dikatakan memegang sepanduk bertulis ‘Allez Opi-Omi’ yang menjadi punca pelumba Tony Martin terjatuh.

Sepanduk dibawa wanita itu menjadi punca kemalangan tersebut. Foto: @Julio_Deluxe/Twitter.

Ia menyebabkan puluhan pelumba lain turut terlibat sama sehingga mereka bergelimpangan di atas jalan raya dalam perlumbaan sejauh 45 kilometer (km) itu.

Selepas lima bulan berlalu, wanita itu didenda sebanyak €1,200 (RM5,720) dan €500 (RM2,3830).

Sebagai pengajaran, dia juga perlu membayar €1 (RM4,77) kepada Kesutuan Lumba Basikal Perancis. – Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts