Pulau Pinang nekad benam Terengganu demi ibu emas – Sukan


PULAU PINANG bermotivasi tinggi untuk melakar nama sebagai pemenang pingat emas buat julung kali pada perlawanan akhir bola sepak lelaki Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Kuala Lumpur.

Skuad kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli bakal membuat perhitungan dengan pasukan Terengganu dan bersedia menamatkan kemarau emas selepas dua kali dikecewakan pada final edisi 2000 dan 2002.

Akmal Rizal yang merupakan bekas penyerang skuad kebangsaan berkata, layak ke final adalah pencapaian terbaik buat skuad bimbingannya yang mula dibentuk sejak Januari lepas bagi menghadapi saingan Piala Presiden dan Sukma kali ini.

“Mungkin tidak banyak pihak beranggapan kami mampu mara sejauh ini tapi jauh di sudut hati saya, apabila pasukan dibentuk dari awal saya tahu keupayaan dan kemampuan pemain Pulau Pinang boleh pergi jauh kerana mereka karakter dan sifat kekeluargaan dalam pasukan.

“Semua sedar kali terakhir kita masuk final pada 2000 dan 2002 dan kita tewas kedua-duanya. Apabila dah ke final kali ini, moral setiap pemain berada pada tahap paling tinggi dan mereka tahu apabila sampai di final akan buat sehabis baik,” katanya pada sidang media praperlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada Khamis.

Mengulas mengenai pasukan lawan, Akmal Rizal berkata, Terengganu yang merupakan juara hatrik dari edisi 2006 sehingga 2010 terkenal sebagai antara negeri yang mempunyai sistem pembangunan bola sepak terbaik negara dan dibarisi pemain berkualiti.

“Tapi dalam bola sepak seperti saya selalu tekankan dalam pasukan, siapa yang berusaha lebih dan kurang buat kesilapan mudah pasukan itu berpeluang memenangi perlawanan,” katanya sambil mengakui pasukan bersedia untuk beraksi sehingga 120 minit mahupun penentuan sepakan penalti.

Sementara itu, ketua pasukan Pulau Pinang, Mohd Danial Irfan Mohd Nadzri yang muncul wira pasukan menewaskan Wilayah Persekutuan 1-0 pada aksi separuh akhir, berharap rakan sepasukan dapat memberikan kerjasama baik untuk memenangi perlawanan sekali gus mencipta sejarah.

“Momentum kami sekarang pada tahap terbaik. Kami bukan pasukan pilihan ke final tapi kami bermotivasi untuk buktikan kepada semua bahawa pasukan layak main di final dan semua pemain sudah bersedia lawan Terengganu.

“Terengganu satu pasukan yang baik dalam Malaysia tapi itu bukan tekanan untuk kami, sebagai pemain kami perlu hadapi segala halangan yang akan diberikan mereka,” katanya. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kena gari lepas kejar pengadil, aksi panas cemari semi final Wilayah Persekutuan-Penang – Sukan

Next Post

Bagi Penang FC slot Piala Malaysia, Perak FC perlu fokus mantapkan pasukan – Sukan

Related Posts