PUBG Mobile tawar ganjaran 100,000 UC buat kali ke-2 sempena kedatangan 2022

PUBG Mobile bakal menghangatkan lagi sambutan tahun baharu dengan mengadakan peraduan 100,000 UC (mata wang PUBG) buat kali kedua.

Ia berikutan sambutan hangat dalam kalangan peminat e-sukan itu yang diadakan di Sunway Pyramid di Petaling Jaya berakhir hari ini, 1 Januari 2022.

ARTIKEL BERKAITAN: Ungguli Kejohanan Kampus Yoodo PUBG Mobile 2021… PMS Phantom bakal wakili Malaysia!

ARTIKEL BERKAITAN: PUBG Mobile dan Honor of Kings ungguli carta perbelanjaan pemain tahun 2021

Peraduan 100,000 UC itu diadakan di tiga pusat beli-belah terkemuka iaitu di IOI Puchong, Sunway Velocity dan Sunway Pyramid sekali lagi bermula 30 Disember sehingga hari ini.

Acara tiga hari itu berlansung pada pukul 5 petang sehingga 10 malam.

Kali ini, pengunjung ketiga-tiga pusat beli-belah itu bakal merebut peluang memenangi 100,000 UC hanya dengan bergambar bersama watak-watak popular PUBG Man dan Spiderman.

Caranya cukup mudah iaitu hanya memuat naik gambar tersebut ke laman sosial Instagram atau Facebook dengan menggunakan hashtag rasmi #WinnerWinnerHappyNewYear, #PUBGMOBILE #PUBGMXChristmas, #PUBGMXNewYear atau #PUBGMXSpiderman anda bakal berpeluang memenangi hadiah menarik dan pelbagai barangan kekal di dalam PUBG Mobile.

Antara gelagat pengunjung yang hadir pada sambutan istimewa bersama peminat PUBG Mobile.

Buat pengunjung Sunway Pyramid pula, anda berpeluang bertemu dengan pemain PUBG Mobile profesional Malaysia seperti MasterRamen, Intan Serah, Miss Rose, Bravo Gaming dan Pemburu.

Kehadiran pemain profesional PUBG Mobile untuk sambutan tahun baru 2022 diharap dapat memberi inspirasi dan menukar persepsi orang ramai bahawa e-Sukan bukan sesuatu yang remeh tetapi mampu menjadi satu kerjaya profesional yang mampu menjana pendapatan lumayan.

Sementara itu, pendaftaran kelayakan PUBG Mobile Pro League (PMPL) musim kelima akan dibuka tidak lama lagi.

Lebih istimewa buat kali pertama, PMPL yang disertai pelbagai negara seluruh dunia itu akan turut disaingi tiga negara dari Asia Tenggara iaitu Malaysia, Singapura dan Filipina.

Bermula 31 Disember lalu sehingga 9 Januari 2022, hanya pemain yang memiliki rank Ace dan ke atas mampu berebut peluang kelayakan dalam PMPL musim ini.

TONTON VIDEO MUZIK APA APA ROJER!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Persatuan Dukun Nusantara anjur ritual khas doakan Indonesia juarai Piala AFF Suzuki 2020

Next Post

Thailand muncul juara Piala AFF 2020

Related Posts