‘Posting’ ejen beri bayangan Faisal kekal dengan Gergasi Merah musim depan – Sukan


SEJAK tiba dari Terengganu FC awal musim lalu, Faisal Halim terus menjadi watak utama buat skuad Gergasi Merah dalam kesemua pertandingan disertai.

11 gol serta lapan bantuan jaringan yang direkodkan dalam 20 penampilan Liga Super sedikit sebanyak membantu kelab Lembah Klang berkenaan untuk mengejar slot ke pentas Asia musim depan.

Selain itu, reputasi pemain sayap negara tersebut juga meningkat pada 2023 selepas sumbangannya buat Harimau Malaya kian meningkat dalam setiap perlawanan.

Jadi, situasi itu meningkatkan persoalan orang ramai mengenai destinasi Faisal musim depan memandangkan kualitinya cukup sesuai untuk menyertai kelab terbaik tanah air, Johor Darul Takzim (JDT).

Gosip perpindahan berkenaan timbul selepas pemilik kelab itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris pernah menyebut bahawa mereka akan mendapatkan seorang pemain tempatan untuk menguatkan lagi skuad pada musim akan datang.

Gandingan Faisal-Arif Aiman pastinya cukup menarik untuk disaksikan di peringkat kelab.

Kehadirannya dijangka akan dipelawa peminat JDT memandangkan mereka melihat gandingannya dengan bintang muda mereka, Arif Aiman Hanapi akan menguatkan lagi kebolehan jentera serangan pasukan.

Malah, ia turut diterima sebahagian peminat Selangor FC yang mula meratapi ura-ura sekiranya penyerang sayap terbabit meninggalkan pasukan itu bagi mengejar kejayaan di Selatan tanah air.

Tetapi, baru-baru ini, khabar angin tersebut mula menyepi apabila ejen kepada Faisal memberi perkhabaran gembira buat pengikut setia skuad Gergasi Merah.

Dalam satu hantaran di akaun Instagram joe_berbatov, pemain berusia 25 tahun tersebut dilihat menandatangani dokumen yang difahamkan kontrak lanjutan dengan kelab tersebut.

Hantaran Joe Berbatov di Instagram peribadinya menimbulkan pelbagai spekulasi.

Ia disertakan kapsyen penghargaan ejen tersebut buat Faisal atas keputusannya untuk memilih diwakili agensi kendalian ejen itu, Estrada Sport Agency.

Namun, hantaran terbabit tidak disertakan dengan pengesahan bahawa Faisal akan terus kekal di bawah jagaan Selangor FC pada 2024 seperti mana diimpikan penyokong mereka.

Ia bagaimanapun segera ditafsir orang ramai melihat kepada patah-patah perkataan di atas kertas itu meskipun tidak dapat dilihat dengan begitu jelas.

Tambahan pula, Joe Berbatov dilihat dengan sengaja mengetik butang suka terhadap komen yang bertanya sekiranya pemain sayap berkenaan kekal di Selangor FC pada 2024.

Estrada Sport Agency merupakan salah sebuah ejen kepada pemain bola sepak tempatan dalam Liga Super dengan bek kanan Terengganu FC, Azam Azmi Murad turut diwakilinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiada tawaran lumayan, tapi hubungan istimewa buat 8 pasukan luar sertai edisi Ke-50 Cobra 10s – Sukan

Next Post

Bukan sekadar hobi, YB kongsi sebab baik Nijey kerap turun ke laut – Sukan

Related Posts