Polis siasat insiden Cristiano Ronaldo serang peminat Everton

POLIS Merseyside mengesahkan bahawa mereka sedang meneliti insiden seorang remaja dicederakan bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo selepas perlawanan yang menyaksikan kekalahan pasukannya pada Everton di Goodison Park.

Pada masa ini, pihak polis sedang mendapatkan gambaran penuh tentang apa yang berlaku daripada kedua-dua kelab berkenaan dan kejadian tersebut disifatkan sebagai ‘serangan’.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu kecewa anak autistik ‘diserang’ Cristiano Ronaldo

“Kami sedang berhubung dengan Kelab Bola Sepak Manchester United dan Everton FC berikutan laporan mengenai dakwaan serangan pada perlawanan bola sepak Everton lawan Manchester United pada Sabtu di Goodison.

“Ketika pemain meninggalkan padang pada jam 2.30 petang, dilaporkan bahawa seorang budak lelaki telah diserang oleh salah satu pasukan pelawat ketika mereka meninggalkan padang.

“Siasatan dijalankan dan pegawai sedang bekerjasama dengan kelab Bola Sepak Everton untuk menyemak rakaman CCTV. Selain itu rakaman percakapan saksi turut dilakukan untuk menentukan sama ada insiden berkenaan berlaku,” ujarnya.

Ronaldo dilihat menghempas telefon remaja terbabit dan mengakibatkan tangan kirinya bengkak.

Terdahulu, Ronaldo menjawab insiden itu di media sosial miliknya dan membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakannya.

Malah, beliau turut menjemput pemain muda itu untuk bermain di Old Trafford.

“Tidak pernah mudah untuk menangani emosi dalam saat-saat sukar seperti yang kita hadapi. Namun begitu, kami perlu sentiasa menghormati, bersabar dan menunjukkan contoh yang baik kepada semua anak muda yang sukakan permainan itu.

‘Saya ingin memohon maaf atas keterlaluan saya dan jika boleh, saya ingin menjemput penyokong ini untuk menonton perlawanan di Old Trafford sebagai tanda permainan adil dan semangat kesukanan,” tulis Ronaldo di Instagram.

Remaja berusia 14 tahun itu lebam di tangan kiri manakala telefonnya rosak akibat dihempas Ronaldo. – Metro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Ibu kecewa anak autistik ‘diserang’ Cristiano Ronaldo

Next Post

Tetap enggan terima suntikan vaksin Covid-19, bekas bintang tenis label Djokovic ‘bodoh’

Related Posts