Poket ‘kering’, ada pemain Melaka berjimat makan nasi bujang – Sukan


SUDAH jatuh ditimpa tangga, demikianlah nasib pemain-pemain Melaka United FC setelah tiket Piala Malaysia mereka ‘dirampas’ Perbadanan Malaysian Football League (MFL) ekoran masalah tunggakan gaji yang masih tidak berpenghujung.

Ini bermaksud, segala usaha skuad Hang Tuah untuk kekal dalam kelompok 11 terbaik liga lebur apabila pihak pengurusan Melaka United ‘buat tahi’ dengan tidak membayar gaji pemain dan pegawai kejurulatihan pasukan itu.

Jika dinilai secara merit, skuad Sang Kancil meraih tiket tersebut secara automatik apabila berada di kedudukan kesembilan Liga Super setelah mengutip 18 mata dalam 18 perlawanan mereka.

Pemain MUFC menjadi mangsa di atas ketirisan dan sikap lepas tangan pihak pengurusan. — Facebook/PFAM

Namun kini, mereka terpaksa menjadi pasukan ‘buangan’ liga apabila tiket Piala Malaysia itu berkemungkinan jatuh ke tangan pasukan tercorot, Penang FC atau pasukan Liga Perdana, Perak FC.

Menurut laporan, Persatuan Pemain Bola Sepak Professional Malaysia (PFAM), pemain skuad Hang Tuah tidak menerima gaji untuk bulan Jun dan Julai selain baki bayaran bagi Januari masih tidak dilunaskan sepenuhnya.

Ini bermaksud, pemain-pemain Melaka United FC sudah lama ‘ikat perut’ dan bermain di hadapan penonton-penonton tanpa sebarang ganjaran yang selayaknya.

Pada Rabu, sekeping gambar menyaksikan dua pemain tengah Melaka United, Syahrul Azwari dan Fakhrullah Rosli merenung ke arah sajian di atas meja dengan riak muka sedih dan kecewa.

Tangkap layar gambar Syahrul dan Fakhrullah bersama nasi bujang.

Di atas meja, terdapat dua pinggan nasi bujang iaitu nasi putih dan telur mata ditambah dengan sepinggan sayur, telur dadar serta sepinggan timun.

Difahamkan, gambar tersebut diambil oleh rakan mereka yang tidak diketahui identitinya dengan kapsyen: “Jangan bersedih kawan, moga ada sinar tahun depan,” berserta emoji tangan menadah berdoa.

Biarpun gambar tersebut mungkin parodi kepada situasi yang melanda mereka, namun masalah tunggakan gaji bukanlah sesuatu perkara mudah untuk dilalui sesiapa sahaja.

Bayangkan, selain berstatus pemain bola sepak, Syahrul dan Fakhrullah juga memain peranan sebagai ketua keluarga apabila masing-masing sudah berumah tangga dan memiliki cahaya mata yang perlu dijaga kebajikannya.

Pasti jauh di sudut hati mereka, banyak perkara yang perlu difikirkan selagi tiada bayang kemelut gaji ini akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Kenyataan penuh dari pengurusan Melaka United pada Rabu. — Facebook/Melaka United FC

Setakat ini, pengurusan kelab Melaka United mendedahkan pihaknya masih berusaha untuk menyelesaikan semua masalah yang dihadapi dan percaya krisis yang berlaku ketika ini dapat diselesaikan jika semua pihak berkepentingan bersama-sama membantu dalam memastikan kebajikan pemain, jurulatih dan pegawai pasukan yang akhirnya menjamin kelestarian kelab.

Tambah mereka, keutamaan adalah untuk Melaka United kekal berada di Liga Malaysia tahun hadapan dan tidak terkubur seperti pasukan Perlis FA pada 2019.

Namun, sekiranya pihak pengurusan kelab masih lagi sekadar menanam tebu di pinggir bibir dan tidak berusaha mengubah keadaan, nasib pemain pemain ini akan tergadai.

Dan itu juga bermaksud, kebajikan keluarga mereka juga akan terjejas. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Tak pernah jinakkan Harimau Malaya 5 aksi terakhir, ego Gajah Perang tetap tinggi melangit dengan 2 bintang J-League – Sukan

Next Post

‘Ada call tanya’ — MFL respons kemungkinan Penang beraksi Piala Malaysia – Sukan

Related Posts