PJ City ada ramuan rahsia jinakkan Harimau Selatan

PETALING Jaya City melaungkan keyakinan bahawa mereka mempunyai ramuan rahsia untuk menjinakkan gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Malah pasukan yang digelar Phoenix ini tidak sabar untuk menambah rekod kemenangan mereka ketika bertermu dengan pasukan Harimau Selatan yang sebelum ini tewas dalam perlawanan Piala Malaysia pada tahun 2018 dan Liga Super pada tahun 2019.

ARTIKLE BERKAITAN: Bintang muda bola Afghanistan antara korban jatuh kapal terbang

ARTIKLE BERKAITAN: “Jangan tertipu!” Juara Olimpik kritik atlet guna teknologi kasut

Ketua jurulatih PJ City P. Maniam mengakui tugas berat yang dipimpin anak buahnya, namun yakin mereka mempunyai peluang untuk menewaskan juara Liga Super itu.

“Kita akan bermain seperti biasa, kita sedar JDT merupakan satu pasukan yang baik.

“Pasukan simpanan mereka pun berada di satu tahap yang berbeza, jadi mereka bukanlah satu pasukan yang mudah untuk dijinakkan.

“Kita tak boleh kawal seorang pemain, kita perlu kawal semua pemain dan mereka juga handal dalam situasi satu lawan satu,” katanya.

Namun katanya dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku, dan Maniam percaya bahawa anak buahnya mampu mencipta kejutan jika mereka bermain dengan bersungguh-sungguh.

“Saya percaya bila kita bermain dengan sepenuh hati, apa sahaja boleh berlaku.

“Pemain hanya perlu menunjukkan komitmen, kesungguhan, agresif dan sikap positif.. Dan buktikan bahawa barisan pemain tempatan PJ City mampu menewaskan mereka,” katanya.

Namun, Maniam juga bakal berdepan kesukaran apabila enam orang pemainnya iaitu penyerang Darren Lok dan Muhammad Syahmi, pemain tengah K.Gurusamy dan pertahanan S.Subramaniam dan M.Tamil Maran mengalami kecederaan.

Tetapi Maniam tetap optimis kerana dia percaya bahawa siapa pun pilihannya nanti akan pasti membuat yang terbaik ketika berhadapan dengan JDT.

JDT sedang memburu kemenangan kelapan Liga Super dan kini sedang mengungguli carta dengan 45 mata selepas 18 perlawanan, lapan mata di hadapan Terengganu yang berada di tangga kedua carta.

Kemenangan menentang PJ City bererti JDT semakin hampir untuk bergelar juara.

PJ City pula sebelum ini tewas tiga perlawanan berturut-turut selepas mencapai kemenangan tipis terhadap Sabah 1-0 pada 24 Julai lalu.

Mereka kini berada di tangga kelapan dengan 18 mata selepas 17 perlawanan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts