Pingat Sukan Olimpik dan Paralimpik Beijing 2022 didedahkan

TINGGAL 99 hari lagi sebelum Sukan Olimpik dan Paralimpik 2022 membuka tirai, Jawatankuasa Olimpik sudahpun berkongsi wajah pingat yang akan diterima pemenang.

Menurut Jawatankuasa Olimpik, pingat bagi temasya di Beijing, China itu dinamakan “Tong Xin”, yang membawa makna “together as one”.

Pingat tersebut mempunyai lima cincin Olimpik di bahagian tengahnya dan dihasilkan berdasarkan jed traditional China.

Reka bentuk ukiran pada cincin yang mengelilingi bahagian tengah dihasilkan berdasarkan corak tradisi masyarakat Cina.

Perkataan “Sukan Olimpik Musim Sejuk XXIV Beijing 2022” juga terukir di bahagian hadapan pingat.

Pingat bertatahkan jed itu tidak jauh berbeza dengan pingat Sukan Olimpik Musim Panas Beijing yang diadakan pada tahun 2008.

Beijing merupakan bandar pertama yang menganjurkan temasya ini pada musim panas dan musim sejuk.

Di bahagian belakang pingat terdapat logo Temasya Beijing 2022 dengan nama penuh Sukan Olimpik Beijing 2022 Musim Sejuk yang diukir dalam bahasa cina.

Gambaran belakang pingat Sukan Olimpik Beijing 2022.

Bahagian belakang juga menampilkan corak ais, salji dan awan.

Pingat untuk Sukan Paralimpik Musim Sejuk menggunakan reka bentuk yang sama.

Bahagian tengah bahagian hadapan pingat diukir dengan logo Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa dan dikelilingi dengan nama “Sukan Paralimpik Musim Sejuk Beijing 2022” yang diukir dalam bahasa Inggeris dan menggunakan tulisan Braille.

Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 bermula 4 Februari 2022 manakala Sukan Paralimpik bermula 4 Mac 2022. – ESPN

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts