Pingat perak pun sudah cukup bangga, tahniah Azizulhasni bakal timang cahaya mata ketiga!

JIKA bukan kerana strategi lain macam serta stamina luar biasa pelumba Britain, Jason Kenny yang tiba-tiba memecut awal sebelum pusingan terakhir, tidak mustahil pingat emas boleh menjadi milik pelumba sensasi negara, Datuk Azizulhasni Awang yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam aksi final keirin temasya Olimpik Tokyo 2020 sebentar tadi.

Sudah memberikan yang terbaik, pujian wajar diberikan buat The Rocket Pocket Man yang berjaya memperbaiki kedudukan podium selepas meraih pingat gangsa acara sama pada edisi Rio Brazil 2016.

Pingat gangsa pula menjadi milik pelumba Belanda, Harrie Lavreysen yang dipintas saat-saat akhir oleh Azizulhasni.

Kekecewaan jelas terpancar di riak wajah Azizulhasni kerana beliau merupakan prospek terakhir kontinjen negara untuk memenangi pingat emas pada kali ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Shah Firdaus dikejarkan ke hospital, mungkin alami patah rusuk

ARTIKEL BERKAITAN: Olimpik Tokyo paling mahal… kos yang digunakan boleh bina 1,200 sekolah, 300 hospital

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Saya tinggalkan keluarga…tinggalkan emak saya. Dapat tahu ayah dapat strok di kampung. Ia bukan sesuatu yang mudah buat saya.

“Anak-anak pun hubungi saya tanya bila nak balik… saya harap semua orang di Malaysia tidak kecewa dengan saya hari ini,” kata Azizulhasni ketika ditemu bual Astro Arena sebentar tadi.

Pada masa sama, Azizulhasni juga terharu apabila baru saja mengetahui isterinya, Datin Athiah Illyana Abd Samat kini hamil anak ketiga sebaik dikalungkan pingat perak sebentar tadi.

Tahniah Jijoe! Biarpun tiada lagu Negaraku berkumandang di bumi Tokyo, anda tetap kebanggaan rakyat Malaysia apabila memastikan Jalur Gemilang berkibar di Velodrom Izu.

Berita selanjutnya akan menyusul.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts