Piala Sudirman: Malaysia gagal jinakkan Jepun, berdepan Indonesia di suku akhir

SKUAD badminton negara diundi menentang Indonesia dalam saingan suku akhir Piala Sudirman di Energia Arena 2, Vantaa, Finland pada Jumaat (jam 9 malam).

Tiga lagi aksi suku akhir bakal membabitkan pertemuan antara China dan Denmark; Korea Selatan menentang Thailand dan Jepun membuat perhitungan dengan Taiwan.

ARTIKEL BERKAITAN: Karius tidak sanggup dihimpit mimpi buruk, mahu segera keluar Liverpool

ARTIKEL BERKAITAN: Ditahan di Las Vegas, peninju insaf berjanji enggan sentuh arak lagi

Terdahulu, Malaysia muncul naib juara Kumpulan D selepas tewas 1-4 kepada Jepun dalam aksi terakhir peringkat kumpulan pada awal pagi Jumaat.

Sebelum turun ke gelanggang menentang Jepun, Malaysia telah mengesahkan tiket ke suku akhir selepas meraih kemenangan dalam dua aksi awal peringkat kumpulan.

Selepas menewaskan England 3-2, Malaysia yang meletakkan sasaran awal mara ke suku akhir pada kempen Piala Sudirman kali ini mudah mengatasi cabaran Mesir 5-0.

Dalam pertemuan menentang Jepun, beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menyumbang mata sulung Malaysia selepas membenam Takuro Hoki-Yuko Kobayashi 22-20, 14-21, 21-16.

Jepun bangkit menyamakan kedudukan 1-1 selepas Akane Yamaguchi menewaskan S Kisona 21-14, 21-14 dalam acara perseorangan wanita.

Pemain nombor satu dunia, Kento Momota menghadiahkan mata kedua Jepun hasil kemenangan 21-18, 21-10 ke atas jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia. — Sinar Harian

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts