Piala Dunia 2022: Sepanyol bertembung Jerman peringkat kumpulan

ENGLAND telah diundi bersama Amerika Syarikat, Iran, dan pemenang play-off antara Wales, Scotland atau Ukraine dalam kumpulan B, untuk aksi Piala Dunia 2022 yang bakal berlangsung di Qatar.

Skuad Gareth Southgate akan memulakan kempen Piala Dunia menentang Iran pada 21 November sebelum menentang Amerika Syarikat dalam perlawanan kedua mereka pada 25 November.

Bagaimanapun, masih belum diketahui bilakah senarai penuh kumpulan itu akan ditentukan, susualn pencerobohan berterusan Rusia ke atas Ukraine yang sekaligus menghalang Fifa daripada menetapkan tarikh untuk perlawanan play-off.

Aksi pembukaan kejohanan akan menyaksikan Qatar selaku tuan rumah, menentang Ecuador di pada 21 November.

Sementara itu, Kumpulan E pula mempertemukan dua bekas juara dunia iaitu Sepanyol dan Jerman.

Sementara itu, juara bertahan Perancis berada dalam Kumpulan D bersama Denmark, Tunisia dan pemenang play-off antara Australia, Emiriah Arab Bersatu atau Peru.

Keputusan undian penuh adalah seperti berikut:

Kumpulan A: Qatar (tuan rumah), Ecuador, Senegal, Netherlands

Kumpulan B: England, Iran, Amerika Syarikat, Wales/Scotland/Ukraine

Kumpulan C: Argentina, Arab Saudi, Mexico, Poland

Kumpulan D: Perancis, Peru/Australia/UAE, Denmark, Tunisia

Kumpulan E: Sepanyol, Costa Rica/New Zealand, Jerman, Jepun

Kumpulan F: Belgium, Kanada, Maghribi, Croatia

Kumpulan G: Brazil, Serbia, Switzerland, Cameroon

Kumpulan H: Portugal, Ghana, Uruguay, Korea Selatan

– Theathletic.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Salah beri bayangan bakal bersara?

Next Post

Usain Bolt jadi pemilik bersama organisasi e-sukan WYLDE

Related Posts