Pesilat negara garang, tambah 3 lagi emas – Sukan


KEM pencak silat menceriakan kontinjen negara apabila menyumbangkan tiga pingat emas pada Sukan SEA 2023 di Pusat Konvensyen Chroy Changvar di Phnom Penh, Kemboja pada Rabu.

Turun ke gelanggang sebagai pesilat pertama Malaysia dalam aksi final pada pagi Rabu, Norsyakirah Muksin tidak mengecewakan apabila menghadiahkan emas sulung dalam kategori bawah 45 kilogram (kg) Putri selepas menumpaskan wakil Indonesia, Suci Wulandari 36-33.

Skuad silat kebangsaan meraih emas kedua menerusi Nor Farah Mazlan setelah lawannya dari Singapura Nadhrah Sahrin dibatalkan penyertaan selepas melanggar peraturan pertandingan ketika pesilat negara kelahiran Sabah itu sedang mendahului 23-16 dalam kategori 45-50kg Putri.

Muhammad Izzul Irfan Marzuki pula berjaya meraih pingat emas ketiga Malaysia setelah menumpaskan wakil dari Indonesia, Kadek Andrey Nova Prayada 39-33 dalam kategori 60-65kg Putra.

Dalam pada itu, dua pesilat Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas tumpas kepada lawan masing-masing dalam pertarungan peringkat akhir itu.

Mohd Shahrul Zeckry Sulaiman terpaksa akur dengan kehebatan pesilat Indonesia Iqbal Candra Pratama apabila tumpas 9-53 bagi kategori 70-75kg Putra.

Sementara, Siti Shazwana Ajak tumpas kepada Atifa Fismawati dari Indonesia 35-38 dalam kategori 60-65kg Putri.

Kontinjen negara berpeluang menambah koleksi pingat emas apabila seorang lagi wakil Malaysia Muhammad Robial Sobri akan membuat perhitungan berdepan Sheik Farhan Sheik Alau’ddin dari Singapura pada petang ini bagi kategori 85-90kg Putra. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tak sempat bawa masuk pemain baharu, sebuah kelab di Pantai Timur mungkin kena ‘ban transfer’ – Sukan

Next Post

93 Sports buka cerita di sebalik kontroversi jersi TRW – Sukan

Related Posts