Pertahanan AC Milan, Hernandez positif Covid-19

BINTANG AC Milan, Theo Hernandez diuji positif Covid-19 selepas beraksi bersama skuad kebangsaan Perancis, demikian menurut kenyataan kelabnya.

Pemain pertahanan kiri berusia 24 tahun itu membantu kemenangan Perancis dalam aksi UEFA Nations League Finals menentang Belgium dan Sepanyol.

“Hernandez telah didapati positf Covid-19 menerusi ujian calitan yang dilakukan di rumah. Pihak berkuasa kesihatan yang berkaitan telah dimaklumkan dan pemain tersebut dalam keadaan yang baik,” menurut kenyataan tersebut.

Hernandez adalah pemain yang kedua daripada skuad Perancis yang diuji positif Covid-19, selepas Adrien Rabiot.

Rabiot terpaksa diketepikan dari aksi final selepas diuji positif Covid-19 pada Sabtu lalu. – Reuters

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts