Pernah ‘dibuang’ BG Pathum United, inilah peluang peledak Brazil balas dendam di ACL bersama JDT – Sukan


JOHOR Darul Takzim (JDT) diundi bakal berdepan dua pasukan handalan Asia dari Korea Selatan dan Jepun dalam peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023/24 yang dijadualkan bermula September depan.

Harimau Selatan diundi dalam Kumpulan I bersama pasukan Ulsan Hyundai (Korea Selatan), Kawasaki Frontale (Jepun) dan BG Pathum United (Thailand).

Kedudukan pasukan dalam Kumpulan I ini boleh dikatakan sangat menarik kerana ia ibarat perlawanan ‘deja vu’ selain BG Pathum United, JDT pernah berjumpa dengan Ulsan Hyundai dan Kawasaki Frontale pada musim lalu.

Tetapi untuk berjumpa dengan BG Pathum United dalam ACL, penyerang JDT, Diogo Luis Santo pastinya gembira jika dapat beraksi menentang bekas pasukannya itu.

Ini kerana layanan yang diterimanya semasa berada di pasukan itu tidak begitu baik sehingga Diogo terpaksa menamatkan kontraknya bersama BG Pathum United dengan lebih awal.

Pavin Bhirombhakdi. — Agensi

Pengerusi BG Pathum, Pavin Bhirombhakdi pernah mendedahkan bahawa mereka mahu mengekalkan khidmat Diogo sehingga habis musim 2022.

Penyerang Brazil itu yang mahu menamatkan kontrak dengan lebih awal meskipun jurulatih telah ditukar.

Sebelum ini, Diogo difahamkan mempunyai masalah dengan jurulatih lama kerana tidak diberikan tempat utama dalam skuad. Sehinggakan, nama beliau tidak tersenarai dan kontraknya tamat serta merta pada bulan November tahun lalu.

Namun, Diogo memberikan respon terhadap kenyataan yang diberikan oleh pengerusi BG Pathum United.

Komen Diogo yang dikongsikan laman Instaram Palatao Bola. — Instagram

Pemain berusia 36 tahun itu menyatakan bahawa penyokong juga perlu tahu perkara yang sebenar.

Penyerang kelahiran Brazil itu menuntut supaya kelab bertanggungjawab untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

“Kelab patut malu dengan apa yang dilakukan kepada saya, mereka sepatutnya lebih menghormati peminat, orang tidak tahu 10 peratus apa yang berlaku di dalam, demi bola sepak Thailand harus lebih telus,” katanya.

Bersama BG Pathum, penyerang berusia 36 tahun itu tampil dalam 27 perlawanan dan menjaringkan 17 gol sekali gus membantu skuad The Rabbits memenangi saingan Thai League 1 musim 2020/2021 dan Thailand Champions Cup pada tahun 2021 dan 2022.

Musim ini bersama JDT, Diogo menjaringkan tujuh gol dan empat assist dalam sembilan penampilan Liga Super.

Untuk rekod, JDT muncul juara kumpulan edisi lalu selepas mengumpulkan 13 mata hasil empat kemenangan dan satu keputusan seri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Sama naik dengan kehangatan game, 5 soalan ‘annoying’ bikin panas penyokong Liga Super – Sukan

Next Post

‘Thailand, Vietnam jauh tinggalkan kita’, S Balachandran harap FAM ambil langkah pertama tukar jurulatih – Sukan

Related Posts