Pernah ada ura-ura, tonggak Kelantan disebut calon pengganti Njoku di Sabah – Sukan


HANYA muncul dua kali dalam penampilan daripada 10 perlawanan menyebabkan skuad Sang Badak mengambil keputusan melepaskan bekas penyerang Kelantan United, Jacob Njoku.

Ini kerana penampilan pemain itu kurang cemerlang dan dilihat semakin tumpul sebagai penyudah. Kritikan daripada penyokong terhadap pemain ini juga membuatkan pihak pengurusan Sabah melepaskannya.

Jadi, dengan pemain itu akhirnya dilepaskan, Sabah FC semestinya perlu mencari pengganti untuk mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan olehnya.

Penyerang Kelantan FC, Ismaheel Akinade merupakan pilihan terbaik untuk menggantikan Jacob Njoku.

Tambahan pula, tidak boleh dinafikan bahawa skuad Sang Badak mempunyai pasukan yang serba lengkap musim ini dengan campuran antara pemain import dan tempatan.

Datuk Ong Kim Swee (DOKS) selaku jurulatih pasukan Sang Badak perlu membuat keputusan tepat mencari pemain yang bakal menggantikan Jacob dengan kriterianya figura yang sangat dahagakan gol dan mempunyai pengalaman beraksi.

Hal ini kerana, Sabah FC bakal berentap di Piala AFC pada bulan September nanti dan sudah tentu mereka perlukan penyerang yang dapat membantu enentang kelab gergasi di luar Malaysia.

Ketika ini, desas-desus mengatakan bahawa penyerang import Kelantan FC, Ismaheel Akinade merupakan pilihan terbaik pihak pengurusan untuk dibawa masuk bagi menggantikan Njoku.

Pemain berusia 29 tahun itu menunjukkan prestasi cemerlang pada musim ini walaupun The Red Warriors (TRW) hanya sekali sahaja meraih kemenangan.

Kelahiran Nigeria ini juga boleh dianggap sesuai menggantikan Njoku kerana dia sangat bersinar walaupun bermain bersama pasukan yang tidak menyerlah sama sekali.

Penyerang tinggi lamapi itu berjaya menjaringkan tiga jaringan berserta dua asisst daripada tujuh perlawanan yang dia diturunkan dalam Liga Super.

Ramai juga berpendapat Ismaheel bakal lebih tajam jika menyertai skuad Sang Badak kerana kelab tersebut dibarisi pemain yang berkualiti dan jurulatih berpengalam.

Sudah pasti dia akan mendapat bantuan di dalam padang sekaligus membuatkan serangan pasukan Sabah FC lebih agresif. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Kepulangan Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali kembali tabur bakti untuk Kedah sentiasa dinanti-nanti – Sukan

Next Post

Sambut ulang tahun ke-21, bintang TFC beri gelaran baru buat Arif Aiman – Sukan

Related Posts