Pernah ‘posing maut’ demi raih dana selamatkan kelab bola sepak Ukraine, model Playboy titip mesej keamanan di Instagram

MODEL jelita dari Ukraine ini pernah bergambar separa bogel dalam usaha menyelamatkan kelab bola sepak negaranya.

Terbaharu, Angelina Petrova sekali lagi tampil menunjukkan semangat cintakan tanah air.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Petrova meluahkan rasa sedihnya berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Dalam ruangan kapsyen, Petrova menyeru agar konflik yang sedang berlaku kini dihentikan segera dan menyampaikan mesej ‘keamanan’.

“Hampir setahun saya tidak tinggal di Ukraine, tetapi saya mencintai tanah air saya dengan sepenuh hati.

“Tanah airku bukan perang, hanya kedamaian,” tulisnya

Petrova yang mempunyai 88,700 pengikut di Instagram kini menetap di German, sebagaimana catatan pada ruangan bio di laman sosial tersebut.

Untuk rekod, model jelita itu pernah muncul dalam majalah Playboy dan menjadi perhatian gara-gara beraksi separa bogel demi mengumpul dana untuk kelab bola sepak tempatan, Metalurh Zaporizhya pada 2015. – Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts