Perlawanan NFSC-Kedah ditunda pada Sabtu – Sukan


PERLAWANAN Liga Super antara Negeri Sembilan FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC terpaksa ditunda ekoran hujan lebat yang menyebabkan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan mengalami banjir.

Susulan itu, perlawanan melibatkan Skuad Jang Hobin dan Sang Kenari itu ditunda ke Sabtu (8 Oktober 2022) di Stadium sama.

Sebagai rekod, pasukan Negeri Sembilan dalam misi mengembalikan kedudukan liga mereka setelah jatuh ke tangga keempat ekoran tewas di tangan Johor Darul Takzim pada saingan Sabtu lalu.

Tangkap layar perlawanan ditunda.

Sementara itu, Kedah pula berada di tangga keenam liga dengan catatan 27 mata setelah membuat 19 penampilan pada saingan musim ini.

Dalam perkembangan lain, Sabah FC boleh mendabik dada apabila berjaya membenam Penang FC dengan keputusan 4-1 pada perlawanan di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

Perlawanan derby Lembah Klang pula menyaksikan Selangor FC mampu berbangga dengan kemenangan 1-0 ke atas PJ City FC.

Di Stadium Hang Jebat pula, pasukan tuan rumah, Melaka United terpaksa akur dengan kekalahan 2-4 ke atas Terengganu FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Itu pun tak boleh faham ke?’ TMJ tegur ‘admin page’ penyokong Kedah – Sukan

Next Post

Sentuhan magis TCH bantu Selangor elak jumpa JDT di Piala Malaysia – Sukan

Related Posts