Perkemas arkitek tengah Tok Gajah, tiga sebab bekas import Sang Kenari sesuai bergandingan bersama Kpah Sherman – Sukan


PASUKAN Sri Pahang FC terus kekal di posisi keempat dalam carta Liga Super musim ini dengan mencetak lapan rekod kemenangan.

Disangka mampu mengekalkan rekod tanpa tewas mereka, namun semuanya tinggal kenangan apabila ia diragut oleh pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan Kuala Lumpur (KL) City FC.

Walaupun begitu, skuad Tok Gajah terus memperkemaskan langkah untuk terus mendaki tangga dalam carta kejohanan domestik itu.

Namun ketika liga berkenaan kini memasuki pusingan kedua, ada khabar angin yang bertiup kencang untuk mengambil bekas import Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ronald Ngah Wanja bagi memperkuatkan artitek tengah skuad Tok Gajah.

Buat masa ini, posisi tersebut masih diisi oleh pemain import Liberia, Kpah Sherman dan perancang dari Brazil, Lucas Silva.

Bagaimanapun, Lucas kali terakhir dilihat beraksi pada April lalu berdepan KDA FC, PDRM FC dan Kelantan United FC, manakala duduk di bangku simpanan semasa bertembung dengan Kuching City FC.

Lucas hanya beraksi pada April pada Liga Super musim ini akibat mengalami kecederaan.

Bagi mengelakkan Kpah beraksi sendirian, lebih elok jika Ronald Ngah digandingkan dengan bekas bintang Terengganu FC untuk memperkemaskan taktikal skuad Tok Gajah itu.

Jarang mengalami kecederaan

Untuk rekod, Ronald Ngah atau lebih mesra dipanggil Pak Ngah oleh penyokong Sang Kenari sangat jarang mengalami kecederaan dalam perlawanan bola sepak pada musim lalu ketika masih berkhidmat untuk Sang Kenari.

Buktinya, dia bukan bermain dalam 21 perlawanan dalam Liga Super musim lalu, malah dia turut menyertai empat perlawanan Piala AFC, dua perlawanan Piala Malaysia dan sebuah perlawanan Piala FA.

Perkara tersebut membuktikan bahawa Ronald Ngah mempunyai fizikal yang cukup baik untuk kekal bermain dalam permainan.

Mampu membuat rembatan jauh dari luar kotak

Antara kelebihan unik yang dimiliki Ronald Ngah ialah kemampuannya untuk membuat rembatan jarak jauh dari luar kotak.

Perkara tersebut dapat dilihat ketika pertembungan KDA FC dengan JDT FC dalam Liga Super 2022 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada musim lalu.

Meskipun tewas kepada skuad Harimau Selatan 1-3 ketika itu, namun rembatan berkenaan wajar ditakuti oleh pihak lawan.

Ronald Ngah atau mesra dipanggil Pak Ngah oleh peminatnya jarang tercedera kerana dilihat bermain sebanyak 28 perlawanan pada musim lalu ketika berkhidmat untuk Sang Kenari. — Facebook/ Kedah Darul Aman FC

Ketinggian 1.9 meter membantu dalam perlawanan

Tidak hanya bijak di atas padang, Ronald Ngah mempunyai fizikal tinggi lampai 1.9 meter, menjadikannya pasangan terbaik untuk Kpah Sherman yang mempunyai ketinggian hampir sama 1.83 meter.

Mempunyai ketinggian tersebut memudahkan dia membantu pasukan untuk membuat tandukan terus ke gawang lawan, selain boleh merebut hantaran tinggi sama ada daripada pasukan sendiri mahupun lawannya.

Mungkin kehadiran Ronald Ngah boleh membantu Sri Pahang untuk memperoleh lebih kemenangan dalam pusingan kedua Liga Super ini jika pihak pengurusan skuad tersebut mempunyai bajet yang mencukupi untuk membawa masuk bekas bintang Sang Kenari itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Dechi Marcel sah sertai Kuching City, kenapa tidak kembali ke pangkuan TFC, Kedah atau pilih Penang? – Sukan

Next Post

Raphael Leai bocorkan gawang Harimau Malaya, tiga kelab patut cuba sambar permata Solomon – Sukan

Related Posts