PERJUANGAN skuad badminton negara dalam kempen Piala Thomas berakhir selepas tewas 0-3 di tangan musuh tradisi, Indonesia pada aksi suku akhir di Aarhus, Denmark, malam Jumaat.
Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia tewas kepada Anthony Ginting 15-21, 17-21 dalam perlawanan yang memakan masa 51 minit.
Harapan yang diletakkan ke atas pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk kembali menyamakan kedudukan juga tidak kesampaian apabila mereka tunduk di tangan pasangan nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideo-Kevin Sanjaya Sukamuljo 17-21, 21-16, 15-21.
Ng Tze Yong yang berada di ranking ke 91 dunia pula menggalas tanggunjawab sebagai perseorangan kedua namun dia juga terpaksa akur kepada pemain ranking ke tujuh dunia, Jonathan Christie 21-14, 19-21, 16-21.
Indonesia akan melawan Denmark yang menewaskan India 3-1 di peringkat separuh akhir.
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI
Sumber dari mStar