Perebutan ke Asia antara 3 drama mendebarkan babak akhir Liga Super 2023 – Sukan


SELEPAS kita menyaksikan persembahan memukau ditonjolkan oleh Harimau Malaya dalam aksi persahabatan menentang Syria dan China, tumpuan boleh terarah kepada saingan bola sepak domestik pula.

Saingan Liga Super akan kembali bersambung dengan perjalanan kini memasuki fasa akhir. Walaupun begitu, masih lagi banyak perkara yang masih belum menemui kesudahannya.

Mahkota kejuaraan mungkin dijangka akan menjadi milik Johor Darul Takzim (JDT), akan tetapi ada lagi pelbagai ‘konflik’ melibatkan kelab-kelab lain yang belum menemui jalan penyelesaian.

Berdasarkan pemerhatian Majoriti, ini adalah tiga drama yang anda boleh look forward dalam baki saingan Liga Super 2023.

1. Perebutan ke Asia

Secara kasarnya, inilah drama paling menarik untuk disaksikan pada penghujung saingan Liga Super musim ini. Siapakah bakal menjadi naib johan sekali gus mengiringi JDT ke kejohanan Asia musim depan?

Persaingan terarah kepada Selangor FC dan Kedah Darul Aman (KDA) FC. Setakat ini, Selangor mendahului dengan kelebihan lima mata tetapi KDA mempunyai kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Perlumbaan ke Asia begitu sengit melibatkan tiga kelab.

Kedua-dua pasukan tersebut akan bertembung sesama sendiri pada 2 Disember dan ia berpotensi menjadi penentu mutlak siapakah dapat meraih gelaran naib juara dalam liga.

Namun begitu, Sabah FC juga masih mempunyai peluang untuk memintas tetapi perlu mengharapkan keajaiban memihak mereka. Sabah yang kini tujuh mata di belakang Selangor turut mempunyai perlawanan bertemu KDA pada hari terakhir liga.

Secara asasnya, KDA dan Sabah mempunyai peluang untuk memintas Selangor tetapi mereka perlu mengharapkan Gergasi Merah keciciran mata.

2. Siapa bakal sarung kasut emas?

Satu lagi pertarungan hebat adalah mengenai siapakah yang bakal menyarung kasut emas sebagai penjaring terbanyak musim ini?

Persaingan sengit melibatkan dua penyerang, Ayron del Valle (Selangor) dan Fernando Forestieri (JDT) dengan ayam tambatan Gergasi Merah itu merupakan pemain tunggal mencatatkan jumlah gol melebihi angka 20 (21 jaringan).

Ayron kini memimpin carta penjaring terbanyak dengan 21 gol. — Facebook/Selangor FC

Forestieri kini tertinggal dengan empat jaringan berpeluang memintas Ayron dalam baki lima aksi JDT dalam liga. Memandangkan Harimau Selatan merupakan pasukan free-scoring, tiada masalah untuk melihat bekas pemain Watford itu menggegar jaring.

Satu lagi nama yang masih boleh mengejar Ayron adalah Bergson da Silva. Penyerang berbisa Brazil itu kini mempunyai 15 gol dan beberapa persembahan cemerlang daripada Bergson mampu menggugat bintang Colombia itu.

3. Pertarungan menyelamatkan maruah

Selain saingan di kelompok atasan liga, drama turut berlaku dekat bahagian bawahan melibatkan tiga pasukan.

Kuching City FC, Kelantan FC dan Kelantan United FC masing-masing berdepan gerun kemungkinan terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Super pada musim ini.

Tekanan kini berada pada Kuching yang menduduki tangga terakhir dengan tujuh mata. Walaupun berkelebihan satu perlawanan ke atas dua kelab Kelantan itu, tetapi tidak semuanya winnable buat mereka.

The Red Warriors adalah satu daripada tiga pasukan berpotensi jatuh ke Liga M3. — Facebook/TRW Kelantan FC

The Red Warriors juga berharap dapat keluar daripada kedudukan dua terbawah dengan mereka berada tiga mata di belakang Sang Kijang Hijau.

Jika jurang antara mereka kekal, maka pemenang harus dicari pada hari terakhir liga apabila kedua-dua kelab Kelantan itu akan bertemu sesama sendiri.

Kelebihan kini memihak Kelantan United namun ia tidaklah begitu selesa, tersilap langkah maka merekalah yang akan ke Liga M3 musim hadapan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Bekas penjaring ACL antara 3 hero diyakini mampu selamatkan kelab dari ‘relegation’ – Sukan

Next Post

Semangat juang luar biasa jadi nadi Pahang Rangers rangkul kejuaraan berganda – Sukan

Related Posts