Percutian makin seronok! Dalam bilik ada gaming set, hotel e-sport pertama dibuka di Senai

NAMPAKNYA kini percutian para gamer semakin menyeronokkan apabila sebuah hotel berkonsepkan e-sport mula beroperasi di Senai, Johor.

Selain dilengkapi Internet berkelajuan tinggi, Hotel Esports SEM9 Senai menawarkan bilik mewah beserta gaming set di dalamnya.

Hotel ini dibangunkan dan dibina oleh organisasi sukan SEM9 Asia Tenggara dan disokong oleh SEAGM dan Aiken Digital.

ARTIKEL BERKAITAN: 16 pasukan berentap dalam PMPL 2022, rebut hadiah wang lebih RM650,000

ARTIKEL BERKAITAN: Yoodo Alliance-4Rivals muncul juara Liga PUBG Mobile Pro, bawa pulang RM653,000

Ia terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, iaitu mengambil masa selama kira-kira tiga minit sahaja dengan berjalan kaki.

“SEM9 Senai menawarkan keselesaan terbaik. Reka bentuk dan fungsi yang ada pada hotel ini bukan sahaja untuk peminat esport tetapi juga untuk memenuhi keperluan tetamu daripada semua latar belakang,” kata Pengerusi SEM9, Tommy Chieng.

Antara dekorasi bilik di Hotel Esports SEM9 Senai.

Di sini para tetamu boleh merasai kemegahan visual gaming yang terbaik dengan komputer permainan berprestasi ultra tinggi yang dikuasakan oleh grafik Nvidia terkini. Ia turut dilengkapi kerusi gaming yang selesa.

Seluruh hotel dilengkapi dengan jalur lebar berkelajuan tinggi dan akses Internet mudah alih, sama ada melalui WiFi atau kabel.

Selain itu terdapat juga bilik yang dilengkapi dengan PlayStation 5 dan DualSense wireless controllers.

Seterusnya, terdapat juga Zon Barangan SEM9 Senai yang menampilkan jersi dan koleksi barangan esport SEM9 yang eksklusif untuk dimiliki.

Dekorasi bilik eksklusif menjadi daya tarikan Hotel Esports SEM9 Senai.

Bilik SEM9 Senai kini sudah boleh ditempah bermula 1 Jun.

Terdapat sebanyak 122 bilik termasuk bilik bukan gaming di Hotel Esports SEM9 Senai.

Harganya pula bermula dari RM220 untuk sehari atau RM115 untuk penginapan setengah hari.

Lihat lebih banyak info mengenai hotel baharu ini di laman web SEM9 HOTEL.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Harga mahal tapi prestasi biasa-biasa… Jack Grealish tenang jadi mangsa hinaan

Next Post

Hubungan 11 tahun terlerai akhirnya… Shakira sahkan perpisahan dengan Gerard Pique

Related Posts