Percaya atau tidak, ini 3 pengalaman baharu boleh dirasai Kapten Mario bersama TBG dan bukannya TRW – Sukan


SUSULAN penamatan kontrak Mario Aques bersama Kelantan FC baru-baru ini, masa depan pemain tengah kelahiran Sepanyol itu hangat diperkatakan peminat bola sepak tanah air.

Pemain yang mesra digelar ‘Kapten Mario’ dalam kalangan peminat skuad The Red Warriors (TRW) itu sah meninggalkan kelab tersebut hasil persetujuan bersama dengan pihak pengurusan.

Meskipun tampil selaku ketua pasukan skuad TRW pada musim ini, pemain berketinggian 1.85 meter itu dijangka akan kekal beraksi di kancah liga bola sepak tanah air dengan pasukan Perak dikatakan sebagai destinasi sesuai buatnya.

Tidak dinafikan bahawa Perak juga antara kelab yang masih bergelut dalam pencapaian liga musim ini, namun skuad Seladang diyakini mampu memberikan beberapa penambahbaikan serta peningkatan prestasi buat Mario Aques.

Berikut merupakan tiga pengalaman baharu mampu dimiliki pemain itu sekiranya dia bermain bersama Perak:

Perak FC memiliki beberapa pemain berpengalaman untuk meneruskan baki saingan Liga Super musim ini. — Facebook/PerakFC

1. Ketuai pimpinan pemain muda

Perak yang tidak memiliki kapten tetap pada musim ini dikatakan amat memerlukan khidmat pemain tengah tersebut.

Dibarisi ramai pemain muda pada musim ini, Mario Aques mampu menjadi pemimpin utama skuad Seladang dengan rata-rata pasukan lain di Liga Malaysia (Liga M) kerap membariskan pemain berpengalaman sebagai ketua pasukan.

Kerap diturunkan dalam kesebelasan utama pemain, Mario Aques pastinya sudah lali dengan corak permainan serta tugas selaku kapten pasukan yang sekali gus mampu memberikan impak positif di Perak.

2. Gol sulung bakal terhasil dengan gandingan baharu

Dengan gandingan baharu bakal diperoleh, Mario Aques dijangka akan membentuk keserasian mantap bersama dua penyerang sensasi Perak iaitu Wan Zack Haikal dan Hadi Fayyadh di bahagian serangan.

Di Kelantan, sumbangan pemain itu di bahagian tengah boleh dikatakan seimbang dengan rentak menyerang diterapkan jurulatih sebelum ini namun, kerap kali gagal disudahkan rakan sepasukan yang tumpul ketika membuat percubaan.

Maka dengan ketajaman serta pengalaman kedua-dua bekas penyerang skuad Harimau Malaya itu, keputusan baik dijangka mampu terhasil dengan gandingan baharu itu.

Untuk rekod, Mario Aques mencatatkan satu bantuan jaringan dalam 12 penampilan dimiliki bersama TRW dan situasi itu dikatakan berpunca akibat kelalaian barisan hadapan yang rata-ratanya diketuai penyerang muda Kelantan.

3. Elak rekod buruk bertemu JDT di Piala Malaysia

Diundi bertemu skuad gergasi Johor Darul Takzim (JDT) di saingan Piala Malaysia pada musim ini, Mario Aques berpotensi untuk menambah rekod buruk dalam kariernya jika kekal bersama Kelantan sekiranya ditewaskan oleh kelab Harimau Selatan itu.

Maka, penghijrahannya ke Perak dikatakan mampu mengubati luka kekecewaan pemain tersebut yang sebelum ini pernah tewas dengan jaringan besar 1-5 di saingan Liga Super.

Perak yang bakal membuat perhitungan dengan skuad Kedah FC di saingan Piala Malaysia kelak, dilihat sedikit seimbang dengan perlawanan itu dikatakan stabil buat kedua-dua pasukan berkenaan.

Berbekalkan rekod serta prestasi semasa pasukan Perak, ia mungkin akan kelihatan ‘berat sebelah’ susulan kekalahan demi kekalahan dialami anak-anak buah Yusri Che Lah tersebut, namun Ketua Pegawai Eksekutif Perak (CEO) FC, Bobie Farid Shamsudin masih melaungkan keyakinan buat skuadnya pada musim ini.

Terbaharu, skuad Seladang membawa masuk pemain pertahanan warisan Sweden, Jesper Nyholm bagi memperkuat pasukan itu menjelang perlawanan berikutnya nanti.

Berpengalaman beraksi di pentas bola sepak ASEAN bersama Muangthong United dalam kancah Liga T1 Thailand pada musim 2022-2023, pemain itu juga pernah mewakili skuad kebangsaan Filipina kerana ibunya mempunyai darah negara Asia Tenggara (ASEAN).

Oleh itu, dengan kemasukan Mario Aques di bahagian tengah, ia dijangka mampu membuahkan hasil dengan beberapa lagi pemain difahamkan akan dibawa masuk oleh pengurusan Perak kelak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

[VIDEO] Safee Sali mahu Arif Aiman lupakan dulu liga Eropah, otimis gol Safawi Rasid boleh menang Puskas – Sukan

Next Post

Kim Swee: Sabah FC perlu terus bangkit, tinggalkan episod derita – Sukan

Related Posts