Perang Rusia-Ukraine: Anak perempuan tidak setuju Abramovich diharamkan memiliki Chelsea

ANAK perempuan kepada pemilik kelab bola sepak Chelsea, Roman Abramovich telah mengecam tindakan presiden Rusia, Vladimir Putin selepas negara itu mengisytiharkan perang ke atas Ukraine.

Menerusi Instagram miliknya, Sofia menegaskan bahawa rakyat Rusia tidak menyokong pendirian presiden itu terhadap Ukraine.

ARTIKEL BERKAITAN: Rusia isytihar perang ke atas Ukraine, apa sebenarnya sedang berlaku?

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain bola sepak Rusia Smolov kutuk Putin, perang ke atas Ukraine

Ia susulan bapanya dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan Putin sehingga Abramovich diharamkan untuk memiliki Blues.

Abramovich telah memiliki Chelsea sejak 2003 dan menyelia kelab itu sehingga memenangi banyak trofi, termasuk Liga Juara-Juara dua kali.

Abramovich diharamkan bersama kelab Chelsea kerana hubungan rapatnya dengan Putin.

Dalam siarannya itu, Sofia memuat naik gambar yang mengandungi ayat ‘Rusia mahu berperang dengan Ukraine’ tetapi dengan Rusia dicoret dan digantikan dengan ‘Putin’.

Dia turut menyatakan ‘pembohongan terbesar dan paling berjaya dalam propaganda Kremlin adalah kebanyakan rakyat Rusia menyokong Putin’.

Terdahulu, Abramovich telah memperoleh kewarganegaraan Israel dan dia boleh memasuki negara itu tanpa visa ke United Kingdom untuk tempoh sehingga enam bulan. – Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Pemain bola sepak Rusia Smolov kutuk Putin, perang ke atas Ukraine

Next Post

MotoGP 22 tampil lebih menarik… check-out tarikh keluaran, platform dan banyak lagi

Related Posts