Perak mungkin berputih mata, ini 3 sebab perpindahan Farizal Marlias ke TRW bagaikan ‘durian runtuh’ – Sukan


PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman baru-baru ini memberi senyuman dan harapan baharu kepada penyokongnya apabila menyatakan bahawa skuad The Red Warriors (TRW) akan mendapat tonik baharu daripada Johor Darul Takzim (JDT).

Tonik yang dimaksudkan ialah pasukan Kelantan akan mendapat pemain pinjaman daripada juara bertahan Liga Super itu sekiranya mendapat perkenan pemilik kelab JDT Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim.

“Kalaulah TMJ perkenan, pemain mana fans Kelantan nak loan daripada JDT?” kata Norizam dalam hantaran di Facebook yang mula menimbulkan pelbagai khabar angin mengaitkan nama beberapa tonggak JDT dengan pasukan Pantai Timur itu..

Susulan kenyataan dari usahawan tersebut, tidak peliklah jika timbul khabar angin mengatakan bahawa penjaga gol, Farizal Marlias difahamkan akan berhijrah ke Kelantan pada jendela perpindahan kedua ini.

Farizal kini merupakan penjaga gol kedua JDT.

Di kala penyokong skuad TRW bersorak gembira mendengar khabar angin tersebut, peminat Perak FC pula secara tidak langsung akan terlepas daripada melihat Farizal menyarung jersi The Bos Gaurus (TBG) pada pusingan kedua Liga Malaysia (Liga M) nanti.

Sebelum ini, heboh dalam kalangan penyokong TBG apabila difahamkan legenda penjaga gol pasukan JDT itu akan dibawa masuk sebagai secara pinjaman untuk membantu skuad Perak.

Namun semuanya tinggal angan-angan buat Perak FC dan bagi penyokong Kelantan pula, kehadiran Farizal dijangka akan memberi durian runtuh buat naib juara Liga Perdana musim 2022 itu.

Berikut tiga sebab perpindahan Farizal ke skuad TRW diibaratkan seperti mendapat durian runtuh buat Kelantan;

1) Pengalaman

Farizal sudah merangkul sebanyak lapan kali kejuaraan Liga Super bersama JDT. — Facebook/JDT

Walaupun Farizal sudah melepasi kemuncak kariernya, namun pemain berusia 36 tahun itu masih kekal relevan dengan menjadi antara pemain yang mempunyai banyak pengalaman dalam kancah bola sepak tempatan mahupun antarabangsa.

Di peringkat tempatan, Farizal sudah membantu dua pasukan merangkul piala iaitu Negeri Sembilan FC (Piala Malaysia, Piala Sumbangsih) dan pencapaiannya bersama JDT menjuarai lapan kali Liga Super, tiga Piala Malaysia, dua Piala FA dan lapan Piala Sumbangsih.

Lebih mengagumkan apabila bekas pemain Selangor itu membantu skuad Harimau Selatan menjuarai Piala AFC pada musim 2015 dan mengetuai JDT sehingga pusingan kalah mati dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022.

Pengalamannya yang cukup luas itu membuatkan Farizal masih boleh dikategorikan sebagai pemain yang relavan untuk menyarung jersi Kelantan, sekali gus menyelamatkan maruah skuad TRW daripada berada pada kedudukan terbawah musim ini.

Kini, Kelantan FC masih gagal memburu kemenangan kedua meskipun sudah berlaku perubahan dari segi kejurulatihan dan disebabkan itu ramai mengharapkan Farizal akan membawa impak positif jika sah bergelar pemain TRW.

2) Rekod clean sheet

Farizal juga pernah beraksi dalam saingan Piala ACL bersama Harimau Selatan. — Facebook/JDT

Umum mengetahui jumlah clean sheet atau rekod bersih tanpa bolos merupakan data yang akan diukur untuk melihat tahap kecemerlangan seorang penjaga gol.

Pemain kelahiran Jengka, Pahang itu membuktikan bahawa dia merupakan seorang penjaga gol yang cemerlang pada musim lepas apabila mengekalkan kedudukannya sebagai penjaga gol dengan paling banyak cleansheet.

Pada saingan Liga Super 2022, Farizal merekodkan sebanyak 11 clean sheet jika dibandingan dengan penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi yang mempunyai sebanyak tujuh clean sheet ketika bersama skuad Jang pada musim lepas.

Walaupun musim ini, Farizal hanya beraksi sebagai penjaga gol kedua selepas Syihan namun jika diberikan kesempatan bermain, pastinya bekas tonggak Perlis FA itu akan mengawal benteng pertahanan terakhir dengan baik.

3) Ketua dalam dan luar padang

Farizal diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua pasukan JDT. — Facebook/JDT

Bukan hanya sebagai seorang tonggak biasa, namun Farizal sering dilabel sebagai seorang pemain yang mempunyai ciri-ciri ketua pasukan sama ada dalam ataupun luar padang.

Perkara tersebut juga diakui oleh Tunku Ismai apabila sebelum ini beliau mengatakan bahawa Farizal merupakan seorang pemain yang boleh memberi bagi nasihat dan tunjuk ajar kepada pemain junior.

Oleh itu, tidak peliklah walaupun Farizal merupakan pemain yang sudah berumur namun jasanya terhadap kelab tidak boleh dilupakan berikutan keperibadiannya tersebut.

Dengan pengalaman hampir 10 tahun berbakti bersama skuad Harimau Selatan, Farizal sesuai untuk menjadi ketua untuk memberi keceriaan dalam bilik persalinan dan ketika beraksi bersama TRW atas padang. —Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Elavarasan masih optimis jumpa Vietnam, enggan salahkan cuaca panas punca ditewaskan Thailand – Sukan

Next Post

‘Tiada yang mudah untuk tujuan indah’, Luqman Hakim bersyukur terus dapat tempat di kelab Iceland – Sukan

Related Posts