Perak FC platform terbaik Lim Teong Kim pamer belang sebenar – Sukan


SELEPAS beraksi dengan prestasi mengecewakan sepanjang musim, Perak FC terdampar di dasar Liga Perdana dengan merekodkan 11 kekalahan dan hanya tujuh mata diraih.

Perkara itu diburukkan lagi dengan pemotongan enam mata yang dialami selepas kemelut kewangan dan isu tunggakan gaji sehingga menyebabkan mereka gagal menampilkan aksi terbaik di atas padang.

Lantaran itu, Ketua Pegawai Eksekutif baharu, Bobie Farid Shamsudin mengambil langkah untuk mendapatkan khidmat ketua jurulatih sensasi, Lim Teong Kim (LTK) bagi memimpin mereka musim depan.

Keputusan itu menunjukkan keazaman Bobie dan syarikat telekomunikasi, XOX Berhad bagi mengembalikan semula era kegemilangan The Bos Gaurus yang sudah lama ditunggu-tunggu peminat bola sepak tanah air.

Namun, persoalannya, mampukah LTK menggalas tanggungjawab berat itu dengan tekanan daripada pengurusan dan penyokong yang dahagakan kecemerlangan pasukan itu.

Pengalaman yang terhad bagi pengendali kelahiran Melaka tersebut dalam membimbing pasukan utama juga bakal dipersoalkan apabila dia lebih sinonim dengan pasukan-pasukan muda.

Pemerhati bola sepak tempatan, Rizal Hashim. — Stadium Astro

Bagi pemerhati bola sepak tempatan, Rizal Hashim, peluang bersama Perak FC bakal menjadi medan untuk LTK menyerlahkan kemampuannya dalam bidang kejurulatihan.

“Peminat pasti teruja dengan kehadiran LTK dan akhirnya, mereka berpeluang untuk menilai kewibawaan LTK sekaligus menjawab persoalan akan kesesuaiannya untuk mengendalikan pasukan senior,” katanya kepada Majoriti.

LTK sebelum ini pernah berkhidmat sebagai jurulatih pasukan remaja Jerman, Bayern Munich sebelum menjadi pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).

Jawatan ketua jurulatih untuk pasukan kebangsaan B-16 disandangnya pada 2017, namun dipecat tahun berikutnya disebabkan kegagalan membawa pasukan itu ke saingan Piala Dunia B-17.

Selain itu, Rizal melihat LTK akan mengambil peluang itu untuk menerapkan falsafahnya secara keseluruhan selepas bertahun-tahun hanya bergiat dalam projek-projek pembangunan.

“Inilah peluang untuk LTK mempertontonkan falsafahnya kerana kerja-kerja peringkat pembangunan kurang diberi perhatian dan dia pula lebih aktif di sebalik tabir.

“Tekanan di peringkat elit ini berbeza kerana ia datang daripada segenap sudut dan menekankan kemenangan sementara falsafah di peringkat pembangunan memerlukan kesabaran,” katanya.

Perkara itu pastinya membawa keterujaan kepada penyokong untuk melihat sama ada LTK akan memberi lebih banyak peluang kepada pemain muda atau menekankan keputusan dalam setiap perlawanan.

Mampukah Lim Teong Kim menggalas tanggungjawab berat bersama TBG musim depan? — Majoriti

Rizal turut menjelaskan, rundingan secara menyeluruh pasti diadakan kedua-dua pihak kerana LTK dikenali dengan permintaan gaji yang tinggi ketika bergelar jurulatih B-17 pasukan kebangsaan.

“LTK meletakkan harga yang tinggi setimpal dengan kelulusannya sebagai seorang jurulatih dengan kelebihan tersendiri selepas menerima lesen di Cologne, Jerman pada 2005.

“Namun, disebabkan dia tidak memiliki rekod dan latar belakang mengendalikan pasukan senior, tentu rundingan diadakan bagi memastikan kedua-dua pihak berasa selesa,” katanya.

Sebelum ini, LTK pernah terpalit dengan kontroversi apabila bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan bahawa dia menerima gaji mencecah RM175,000 tanpa cukai semasa menjadi pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

Selain itu, pemilik Johor Darul Takzim, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris pernah mengatakan LTK meminta gaji sehingga RM350,000 sebulan untuk melatih pasukan pembangunan kelab itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Empat nama dipetik, pasukan mana bakal iringi JDT ke pentas Asia? – Sukan

Next Post

‘Siapakah yang terpecah, terbelah dengan pantun itu?’ — Sanusi – Sukan

Related Posts