Perak FC letak sasaran realistik, serah nasib pemain di tangan Teong Kim – Sukan


KESERIUSAN Perak FC untuk kembali megah di dalam arena Liga Malaysia terbukti apabila melantik ketua jurulatih sensasi, Lim Teong Kim (LTK) bagi memimpin skuad mereka pada musim depan.

Misi utama LTK pada musim hadapan adalah menaikkan kedudukan pasukan yang kini terdampar di dasar Liga Perdana dengan merekodkan 11 kekalahan dan hanya tujuh mata diraih.

Namun, Perak FC enggan terlalu gelojoh dengan menyasarkan bulan dan bintang meskipun jurulatih kali ini merupakan jurulatih yang sudah terbukti kebolehannya dalam membawa pasukan ke peringkat tertinggi.

Menurut Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi, cukup sekiranya beliau menetapkan sasaran agar asukan The Bos Gaurus berada pada kelompok pertengahan liga musim depan sebagai petunjuk prestasi utama (KPI).

Lim Teong Kim (kiri) sah dilantik pengendali Perak FC bermula musim depan. — Facebook/Perak Football Club

“Sasaran kami adalah untuk berada di pertengahan kedudukan Liga Super musim hadapan. Saya sedar pasukan kami memerlukan masa untuk bangkit semula pada musim hadapan.

“Sudah ada beberapa pemain berbakat berada dalam radar Perak FC walaupun empat hingga lima bulan lepas. Tapi tak ada apa-apa perancangan diambil kerana kita perlu lihat apa yang diperlukan LTK.

“Berita mengenai kami telah menyunting Luqman Hakim juga tidak benar,” katanya kepada Majoriti.

Beliau turut menafikan laporan kononnya senarai 12 pemain ‘bocor’ untuk disambar Perak FC pada musim depan.

Terdahulu, Perak FC dilaporkan antara kelab yang telah menghantar tawaran kepada pemain berusia 20 tahun itu selain daripada Kuala Lumpur City FC, Selangor FC dan Perak FC.

Tambah Abdul Nazim, bagi pemain yang berhajat untuk bersama-sama LTK menyempurnakan misi Perak FC, kualiti utama dicari pengendali 59 tahun tersebut adalah disiplin, kemudian bakat.

Nasib tiga pemain import Perak FC berada di tangan LTK. — Facebook/Perak Football Club

Malah turutnya, Perak FC memberikan sepenuh kepercayaan kepada LTK untuk menentukan sama ada tiga pemain import mereka kekal atau disingkirkan pada masa hadapan.

Tiga pemain import baru yang menjadi sandaran skuad The Bos Gaurus ialah Stipe Plazibat dari Croatia; Luciano Guaycochea (Argentina); dan Sunday Kolawole Afolabi (Nigeria).

“Nak tambah lagi ke tidak pemain import tu, mungkin tidaklah. Kami mahu beri peluang kepada pemain tempatan untuk bersama-sama Perak FC.

“Saya terbuka untuk menerima pemain dari semua negeri. Tak perlu anak jati Perak tapi kalau berdasarkan sejarah, pemain bola sepak tanah air handalan datang dari Perak,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Penyokong merusuh, pemilik Persabaya Surabaya undur diri – Sukan

Next Post

Beberapa pemain dalam radar pemilihan Teong Kim – Sukan

Related Posts