Perak FC, Kelantan FC mungkin beraksi tanpa penyokong? – Sukan

KELANTAN FC dan Perak FC berkemungkinan berdepan dengan hukuman beraksi di stadium kosong berikutan insiden panas melibatkan penyokong kedua-dua pasukan yang menyaksikan The Bos Gaurus menang 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada Rabu.

Difahamkan, hukuman seberat itu menanti kedua-dua pasukan melibatkan baki aksi liga masing-masing jika terbukti bersalah.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, insiden itu akan dibawa kepada Jawatankuasa (JK) Tatatertib badan induk itu untuk melakukan penelitian terlebih dahulu.

Menurutnya, sebararang keputusan akan dilakukan mengikut kesalahkan yang dibuat dan segala hal melibatkan insiden itu perlu disiasat sebelum memberi keputusan terakhir.

“Jawatankuasa ada denda yang tersendiri apabila buat perjumpaan dan selepas itu baru boleh diketahui mengenai keputusan mengenai perkara itu. Denda semua tak sama.

“Garis panduan memamg ada tapi sama ada nak pakai atau tak lain perkara lagi. Macam baling batu. Mereka kena kaji siapa yang baling batu, kena ada buktilah. Tidak boleh sewenang-wenangnya menentukan hukuman.

“Saya tidak boleh nak maklum apa denda yang dikenakan sebab JK Tatatertib satu badan bebas yang tidak dipengaruhi oleh sesiapa,” katanya kepada Majoriti.

Gambar cermin bas pasukan Perak yang pecah selepas dibaling dengan objek turut menjadi tular di laman media sosial. — Facebook

Menurutnya, keputusan daripada jawatankuasa itu akan memerlukan pertimbangan dari segala aspek termasuklah penjelasan dari kedua-dua kelab dan juga saksi.

Tambah Mohd Saifuddin, proses itu berkemungkinan akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu sebelum memberi keputusan terakhir berkenaan insiden itu.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Football League (MFL), Stuart Ramalingam ketika dihubungi Majoriti juga menyatakan bahawa pihaknya juga maklum akan perkara itu dan sedang meneliti butiran mengenai insiden berkenaan.

Sebelum ini, menerusi beberapa video tular di laman media sosial, penyokong The Red Warriors (TRW) dipercayai membaling objek seperti botol air dan batu ke arah bas pemain The Bos Gaurus sehingga menyebabkan cermin kenderaan itu pecah.

Namun difahamkan, tindakan ganas pemain ke-12 TRW itu adalah berpunca daripada penyokong Perak yang memijak bendera Kelantan dan membuat onar di stadium termasuk buang air kecil merata di gelanggang lawan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Tiada rahsia, KDA FC kongsi pelan semasa bersama kelab penyokong – Sukan

Next Post

‘Jumpa di mahkamah’ — CEO Perak FC mahu saman portal sukan – Sukan

Related Posts