Perak berpeluh tundukkan Negeri Sembilan, muncul juara Piala Tun Ali 2023 – Sukan


PERAK menjuarai Piala Tun Ali 2023 apabila menumpaskan Negeri Sembilan dalam perlawanan akhir kategori regu di Dewan Bola Keranjang MBMB, Melaka pada Ahad.

Pusingan pertama menyaksikan tentangan cukup hebat daripada kedua-dua pasukan apabila mereka mengheret aksi sehingga menyaksikan Negeri Sembilan meraih kemenangan 25-24.

Bagaimanapun, Perak kembali bangkit dengan bergaya di pusingan kedua dengan kutipan mata 21-7 dengan pemain diturunkan mudah menghukum pemain lawan.

Momentum tersebut bagaimanapun sedikit tercalar apabila Negeri Sembilan memberikan tentangan cukup hebat pada pusingan terakhir.

Tetapi, kesungguhan Perak untuk menebus kekecewaan edisi lalu tercapai dengan mereka meneruskan persembahan cukup baik sehingga merekodkan kemenangan 21-14.

Pencapaian terbabit pastinya diraikan peminat sukan takraw Perak selepas mereka tumpas dalam perlawanan akhir tahun lalu kepada Johor.

Kemenangan amat berharga berkenaan disaksikan ratusan penyokong kedua-dua pasukan dengan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam turut hadir. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Zainal Abidin berteka-teki nama naik jadi ‘coach’ skuad Jang – Sukan

Next Post

Kami mahu bawa pulang 3 mata ke Malaysia — Corbin Ong – Sukan

Related Posts