Penyokong TRW ‘frust’ dua bakat besar terlepas ke Kedah, Sabah – Sukan


ISU pemindahan pemain dalam kancah bola sepak tanah air sentiasa menjadi topik bualan hangat penyokong dengan perkara itu dilihat mampu memberikan impak besar dalam sesebuah pasukan.

Tidak dinafikan bahawa ada sesetengah pemain yang kurang menyerlah dan kian merosot persembahan mereka selepas hanya memanaskan kerusi bangku simpanan dan jarang disenaraikan sebagai kesebelasan utama.

Perkara itu kian menjadi punca dan kesalan buat penyokong pasukan apabila kelibat pemain pilihan mereka semakin berkurangan dalam setiap perlawanan.

Situasi itu boleh digambarkan menerusi kekecewaan penyokong pasukan Kelantan FC yang bersimpati atas nasib menimpa bekas pemain yang pernah menjulang skuad The Red Warrior satu ketika dahulu.

Danial Haqim dan Mior Dani merupakan antara bintang yang pernah dilahirkan pasukan Kelantan namun, pemindahan pemain itu ke kelab lain beberapa musim kebelakangan ini sama ada secara pinjaman atau pembelian, dilihat sebagai satu tindakan yang merugikan buat skuad Kelantan.

Antara faktor utama yang dibangkitkan penyokong adalah kehilangan tonggak utama pasukan serta masa depan pemain itu sendiri yang dilihat kian musnah akibat tindakan sesetengah kelab yang suka ‘simpan’ pemain.

Danial Haqim sebagai pemain kebangsaan dalam kelayakan Kejohanan AFC B-23 pada 2019. — Facebook/FAM

Danial Haqim

Bekas pemain Kelantan, Danial Haqim Deraman seakan-akan ‘hilang’ sentuhannya sejak menyertai pasukan Johor Darul Takzim (JDT) pada penghujung musim 2020.

Peminat merasakan bakat pemain muda berusia 24 tahun itu disia-siakan oleh JDT selepas Danial sekadar memanaskan bangku simpanan.

Untuk rekod, pemain tengah itu membuat penampilan pertamanya bersama pasukan Kelantan pada tahun 2018 dan ketika itu pasukan TRW berada di bawah kendalian jurulatih Fajr Ebrahim dari Syria.

Tampil dalam 16 dari 17 perlawanan terakhir Liga Super semasa mewakili Kelantan, jurang rekod penampilannya bersama JDT II amatlah besar dengan hanya tujuh penampilan.

Danial dikhabarkan bakal berhijrah ke pasukan Sabah FC pada musim depan dan status pemindahan pemain itu difahamkan sudah pun diselesaikan oleh kedua-dua belah pihak.

Mior Dani semasa beraksi bersama pasukan Negeri Sembilan FC. — Facebook/NSFC

Mior Dani

Seorang lagi pemain berbakat yang pernah mencetuskan sensasi bersama The Red Warrior, Mior Dani Armin juga turut terkena tempias dalam isu ini.

Pemain berusia 23 tahun yang beraksi di posisi tengah itu sebelum ini beraksi bersama pasukan Sri Pahang FC selepas dipinjamkan oleh TRW selama satu musim.

Penghijrahan pemain berusia 23 tahun itu ke Sri Pahang sedikit sebanyak mengecewakan penyokong Kelantan FC kerana Mior dilihat sentiasa mempamerkan persembahan berkualiti tinggi sepanjang mewakili Kelantan.

Terbaharu, pemain itu mengambil keputusan berpindah ke negeri Darul Aman apabila diikat selama setahun secara pinjaman bersama Kedah FC.

Susulan kehilangan bekas dua pemain berbakat itu, penyokong Kelantan seakan-akan mula sedar betapa ruginya skuad TRW kerana melepaskan bintang-bintang muda mereka.

“Sepatutnya Kelantan bawa balik Danial itu tapi tahu la, pemilik bukan asal Kelantan jadi mungkin dia tak berapa nampak permata ni, lagi satu sebab main di Johor tak nak kacau la,” kata Rodin Kalai.

“Sama dengan kes Mior Dani, harap musim depan bawa masuk balik dia dan kekal dengan Kelantan, kasi bikin buat balik macam dulu,” ujar Nuralief Wolf.

“Masa main dengan TRW dapat panggilan Harimau Malaya U23, lepas berhijrah hanya main dengan JDT dalam Piala Presiden, sekarang jadi simpanan je kot,” tambah Haris Bin Ahmad.

Rata-rata penyokong semakin merindui aksi kedua-dua pemain tersebut semasa mewakili Kelantan dan kehilangan pemain itu sedikit sebanyak merencatkan peningkatan pasukan berkenaan.

Impian dan harapan tersebut mungkin boleh direalisasikan oleh pengurusan kelab memandangkan usia kedua-dua pemain itu masih lagi muda dan diyakini mampu sekali lagi menabur bakti di bumi Kelantan pada masa akan datang.

Namun, persoalan itu hanya boleh dijawab oleh pemilik pasukan itu sendiri dengan segala keputusan berada di tangannya dan setakat ini segala persepsi itu hanya mampu dijadikan dorongan buat Kelantan FC menyinar pada musim depan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Ramon yakin Lee Tuck ‘missing pieces’ diperlukan Kedah – Sukan

Next Post

Akhirnya cabaran TMJ disahut, ‘coach’ senarai 7 sumbangan demi bola sepak – Sukan

Related Posts