Penyokong tak puas hati TFC kempunan rasa padang tak siap SNBJ sebelum final Piala Malaysia – Sukan


PENYOKONG Terengganu FC (TFC) tidak gembira dengan layanan diberikan oleh pihak penganjur selepas skuad kendalian Tomislav Steinbruckner diarahkan berlatih di Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada Khamis.

Terengganu akan turun menentang juara Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi final Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Jumaat.

Dalam ruangan komen Facebook rasmi Terengganu FC segelintir penyokong merasakan tidak adil buat Sang Penyu kerana tidak dapat menggunakan padang SNBJ seperti JDT.

Pasukan Terengganu menjalani latihan di Stadium Kuala Lumpur pada Khamis. — Facebook/TFC

Skuad kendalian Esteban Solari dibenarkan turun berlatih di SNBJ yang mana umum diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia bahawa permukaan padang venue perlawanan akhir tersebut tidak berada dalam kondisi terbaik.

“Kesian TFC tak dapat nak serasi dulu padang SNBJ, pasukan belah sana (JDT) juga yang dapat,” kata Kamarufaiz Syazwan.

“Kira tak dapat ‘test’ padang SNBJ?” soal Mohd Noor.

“Venue utama ‘neutral’ untuk final tapi tak diberi latihan rasmi di stadium, pelik bin ajaib,” ujar Mohd Muaz.

“Macam mana ini JDT ‘training’ Stadium Bukit Jalil, latihan Terengganu tempat lain. Tak adil macam itu,” luah Penyu Nelang.

JDT terlebih dahulu dapat merasai padang SNBJ yang menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia. — Facebook/JDT

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mungkin ada alasan tersendiri untuk tidak meletakkan kedua-dua menggunakan venun sama bagi tidak menambahkan kecacatan permukaan padang yang tidak berada dalam kondisi terbaik untuk perlawanan akhir Piala Malaysia itu.

Sebelum ini, Timbalan Menteri dan Sukan, Adam Adli Abd Halim meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk menangani isu berbangkit teruatamanya mengenai keadaan padang.

Meskipun kini keadaan padang SNBJ tidak berada pada tahap memuaskan, namun Adam mendedahkan bahawa sudah memberi arahan kepada PSM agar ia sedia digunakan dalam final Piala Malaysia pada Jumaat.

“Memang boleh guna. Tiada venue lain (lagi dah), kami telah minta padang mesti boleh digunakan di tahap mininum.

“Padang sepatutnya ok walaupun daripada segi kosmetiknya dilihat tidak seperti yang diharapkan tapi daripada segi penggunaannya ok,” katanya memetik laporan Stadium Astro. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Look at my face…’ apa lagi Hans Isaac boleh jawab lepas dikecam satu Malaysia – Sukan

Next Post

Kontrak tamat tempoh, duo KL City pilih ke Perak atau Selangor? – Sukan

Related Posts