Penyokong Selangor mahu skuad ‘adik ganti abang’ main Liga Super – Sukan


DINOBATKAN sebagai juara Piala Belia 2022, skuad B19 Selangor FC menerima pujian ramai penyokong dan segilintir daripadanya menyeru pihak pengurusan untuk menyerap masuk mereka ke Liga Super musim hadapan.

Penyokong yang masih lagi kecewa dengan kekalahan serta prestasi buruk dipamerkan skuad senior di Liga Super, menuntut agar mereka digantikan dengan barisan pemain yang berjaya menjulang trofi Piala Belia baru-baru ini.

Ia berikutan kekalahan dialami oleh skuad senior yang setakat ini telah merekodkan empat kekalahan daripada lima perlawanan terakhir di Liga Super.

Skuad utama Selangor FC mencatatkan 4 kekalahan daripada 5 perlawanan setakat ini di liga super. — Sinar Harian

Kecewa dengan pihak pengurusan yang dikatakan gagal menerapkan DNA German yang dibawa ke dalam pasukan sebelum ini, rata-rata penyokong lebih tertarik dengan prestasi serta kebolehan pasukan B19 di Piala Belia baru-baru ini.

Segelintir penyokong berpendapat skuad itu lebih berhak untuk bermain di liga utama yang mana ia dipercayai mampu membuahkan hasil sekiranya diberikan peluang serta pendedahan awal.

Shahirin Rosli berkata, “Baik, dah boleh ambil dah nama diorang (pemain belia) semua main di Liga Super tahun depan bagi pendedahan awal, ganti pemain senior lagi bagus.”

Ku Feez menambah, “Bagi je pemain muda ni main di Liga Super, skuad utama sekarang ni bubarkan je terus, ada pun menghabiskan beras je buat apa.”

Selain itu, rata-rata penyokong Gergasi Merah juga turut berpendapat bahawa pemain ini perlu diberikan peluang untuk ke skuad utama dan jangan disia-siakan bakat yang ada kerana kelab lain sentiasa menginginkan pelapis muda berkualiti.

Hafiz Hamdan berkata, ” Kalau pengurusan kelab masih lagi tak buat apa-apa perubahan, mungkin pemain muda berpotensi macam ni akan pergi ke kelab lain untuk bermain.”

Loqman Hakim menambah, “Tahniah pemain muda, jangan lepas ni pengurusan kelab pergi jual pemain bagus berpotensi ni pulak, jaga elok-elok kebajikan mereka baru boleh naik skuad senior,” katanya.

Skuad B19 Selangor FC dinobatkan sebagai juara Piala Belia 2022 selepas menundukkan Sri Pahang FC dengan agregat 2-1 selepas final pusingan kedua di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

Gol jaringan Selangor terhasil menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti oleh Muhammad Amirul Haziq pada minit ke-67 di separuh masa kedua sebelum berjaya disamakan kedudukan oleh Sri Pahang FC menerusi percubaan jarak jauh Nazul Izamil Zulkifli.

Keputusan seri 1-1 itu kekal sehingga ke wisel penamat dan keputusan agregat menyebelahi pasukan Selangor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tewaskan regu Indonesia, Aaron Chia-Wooi Yik muncul juara dunia – Sukan

Next Post

Kedah, Sabah dan Terengganu patut sambar peluang pancing ‘striker’ Ngap Sayot – Sukan

Related Posts