Penyokong Liverpool terpaksa tukar tempat duduk di Anfield

LIVERPOOL terpaksa meletakkan zon pengecualian tempat duduk penonton di Anfield, sekali gus menyebabkan lebih 200 pemegang pas tiket tahunan musim ini akan dipindahkan ke bahagian lain di dalam stadium pada masa akan datang, bermula dengan aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Burnley, Sabtu ini.

Pelonggaran sekatan pergerakan Covid-19 bakal menyaksikan The Reds bermain di hadapan penonton buat pertama kalinya dalam tempoh 18 bulan.

Bagaimanapun, beberapa langkah berjaga-jaga masih akan diambil sebagai sebahagian daripada protokol Covid-19 yang dibentuk oleh badan-badan pengelola bola sepak bagi setiap perlawanan.

Pengurusan EPL memberi syarat bahawa zon steril di sekitar terowong adalah lanjutan daripada Zon Merah pada musim lalu, yang mana hanya kakitangan dibenarkan berada di situ, menurut laporan ECHO.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh tidak setia bersama Juventus, ini sebab mengapa Ronaldo tiba-tiba meroyan dan naik angin!

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Jika Kane mahu tinggalkan Spurs, inilah masanya’

Kawasan steril wajib bermaksud bahagian tempat duduk di tempat duduk utama tidak boleh digunakan dan ia memberi kesan kepada kira-kira 200 pemegang pas tiket tahunan.

Pada masa sama, penyokong di situ akan dibawa ke tempat duduk lain sebagai langkah sementara dan sebagai ganti rugi kepada gangguan tersebut, mereka akan diberi akses ke Hospitality Beat Lounge dan minuman percuma.

Menerusi e-mel kepada penyokong yang terbabit dengan perkara itu, Naib Presiden tiket dan perhotelan kelab, Phil Dutton berkata, kawasan steril baharu yang ditetapkan itu akan mengurangkan jumlah kapasiti stadium secara keseluruhan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Dan sayangnya pemegang tiket asal di tempat di zon steril wajib, anda tidak dapat duduk di tempat sepatutnya. Kami tidak mempunyai pilihan lain kecuali memindahkan anda,” katanya.

Tambah Dutton, pemindahan tempat duduk itu adalah syarat dikenakan EPL dan ia juga dikenakan kepada kelab lain bagi mengurangkan sebarang gangguan.

“Yakinlah bahawa kami tidak mengharapkan ini terjadi sebagai peraturan tetap dan apabila Zon Merah telah ditarik semula oleh badan-badan pengelola bola sepak, kami akan mengembalikan anda ke tempat asal secepat mungkin,” kata Dutton.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts