Penyokong Liverpool minta Salah berhenti bangkitkan isu kontrak dalam temu bual

PENYOKONG Liverpool meminta Mohamed Salah berhenti melakukan temu bual bersama media, berhubung pertikaian kontraknya yang berterusan dengan kelab itu, menjelang pertembungan dengan Manchester City hujung minggu ini.

Penyerang antarabangsa Mesir itu akan memasuki tahun terakhir kontraknya dengan Liverpool dan mengakui bahawa kelab masih belum memenuhi tuntutan gajinya.

“Memalukan apabila Salah melakukan temu bual sebelum perlawanan besar di mana soalan kontrak pasti akan timbul. Sangat menjengkelkan,” komen peminat.

Pemain Mesir berusia 29 tahun itu mahu menjadi penerima gaji tertinggi kelab, dan Reds bersedia untuk memenuhi permintaan tersebut dengan cara kreatif.

Kontrak sedia ada Salah bakal berakhir pada 2023.

Jurgen Klopp sebaliknya menegaskan bahawa kelab tidak boleh berbuat apa-apa lagi dalam usaha mereka untuk melanjutkan kontrak pemain bintang mereka – dengan Salah sekali lagi bersuara apabila ditanya minggu ini

Salah dalam temu bual dengan Sky Sports minggu ini berkata: “Tidak banyak tetapi secara jujur apa yang boleh saya katakan. Terdapat banyak perkara yang orang tidak tahu mengenainya.” – Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tak lupa kewajipan, Benzema terus masuk padang selepas 13 minit berbuka puasa

Next Post

MSC 2022 berlangsung di Kuala Lumpur buat kali pertama, tawar hadiah 2 kali ganda berbanding tahun sebelumnya

Related Posts