Penuh bergaya! Ronaldo tiba untuk latihan Manchester United dengan Lamborghini

CRISTIANO Ronaldo muncul untuk latihan Manchester United dengan Lamborghini bernilai 170,000 pound (RM972,000) pada Rabu.

Bintang Portugal itu sempat menunjukkan isyarat bagus kepada puluhan jurugambar yang menunggu di luar pusat latihan kelab di Carrington.

Ronaldo, 36, mengesahkan kepulangan semula ke Old Trafford pada hari terakhir jendela perpindahan dengan bayaran 12 juta pound (RM69 juta) dari Juventus.

Dia juga berharap dapat menyempurnakan pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer untuk meraih kejayaandi Liga Perdana musim ini.

Ronaldo tiba di Carrington minggu ini untuk bercakap dengan pengurus baharu dan bekas rakan sepasukannya serta bersiap sedia kerana berkemungkinan akan membuat penampilan menentang Newcastle di Old Trafford pada Sabtu petang. – DAILYMAIL

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Remaja didenda, dilarang masuk stadium gara-gara ambil selfie dengan Memphis Depay

Next Post

Triple H masuk hospital, apa sebenarnya yang berlaku?

Related Posts