Penonton boleh masuk stadium bermula 29 Oktober – MFL

TEMPOH lebih tiga minggu akan digunakan bagi memperincikan prosedur operasi standard (SOP) kemasukan penonton ke stadium bermula 29 Oktober depan dan membuka ruang kepada pasukan membuat persediaan, kata Malaysia Football League (MFL).

Walaupun sedar keinginan yang membuak-buak dalam kalangan penyokong, Malaysia Football League (MFL) masih menunggu SOP dan peratusan kemasukan penyokong ke stadium mengikut Dasa 2, 3 dan 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang akan dimaklumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“MFL membuat keputusan untuk membenarkan penyokong hadir ke stadium bermula 29 Oktober kerana saingan itu akan berehat seketika selepas perlawanan minggu kedua esok (1 Oktober) bagi memberi laluan kepada aksi antarabangsa skuad kebangsaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mula kemarau gol, Lukaku pening kepala tembus pertahanan Juventus

ARTIKEL BERKAITAN: Xhaka terpaksa ‘berehat’ semula

“MFL juga akan membuat keputusan sama ada akan membenarkan penyokong masuk ke stadium jika ada pasukan merancang untuk mengadakan perlawanan persahabatan ketika tempoh Piala Malaysia berehat apabila kami mendapat SOP terperinci daripada KBS nanti.

“Tempoh yang ada ini akan digunakan MFL untuk memperincikan SOP kemasukan penyokong ke stadium bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Ini penting bukan sahaja untuk melancarkan pengelolaan perlawanan malah bagi menjamin keselamatan semua pihak yang hadir ke stadium.

“Pasukan diberikan masa untuk membuat persiapan di venue pertandingan sebelum menerima kehadiran penyokong,” kata Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan.

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu membenarkan kehadiran penonton ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi di negeri Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4.

Kali terakhir perlawanan Liga Malaysia berlangsung dengan kehadiran penyokong di stadium adalah pada 11 Mac 2020.

Bagi tahun ini, perlawanan terakhir yang berlangsung dengan kehadiran penonton di stadium pada 9 Mei, membabitkan perlawanan Liga Super keenam sehingga ke-13.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Djokovic tarik diri Terbuka BNP Paribas

Next Post

“Paling mudah pecat Koeman…” Busquest akui semua pemain perlu bertanggungjawab

Related Posts