Peninju kacak sakan berparti, buka baju di hadapan pengunjung kelab malam

SEBELUM bergelar peninju kategori light-heavyweight, Tommy Fury terlebih dahulu mencipta nama menerusi rancangan realiti Love Island.

Dikenali dengan ketampanan wajahnya, peninju berusia 22 tahun itu sekali lagi mencetuskan kekecohan apabila muncul di sebuah kelab malam di Liverpool.

Video kehadiran Tommy ke pusat hiburan itu turut dikongsi seorang individu menerusi TikTok, namun tarikh sebenar tidak dapat dipastikan.

Menurut sebilangan pelayar media sosial, Tommy didakwa hadir ke kelab tersebut pada awal minggu ini.

Dalam rakaman berkenaan, kelihatan Tommy membuka bajunya sambil berhibur di hadapan pengunjung kelab berkenaan.

Selain aksinya yang membuka baju, ketiadaan teman wanitanya di lokasi itu turut menjadi persoalan ramai.

Untuk rekod, Tommy merupakan adik kepada juara heavyweight dunia, Tyson Fury. – Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Man United rugi besar akibat Covid-19

Next Post

Kenali Maria Liman, penyokong tegar Chelsea paling seksi

Related Posts