Pengendali Harimau Muda jawab status kehilangan Mukhairi Ajmal – Sukan


PEMAIN tengah Selangor FC, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi,tidak akan menyertai skuad Bawah 22 tahun (B-22) negara pada Kejohanan Piala Merlion 2023 di Singapura bermula Jumaat ini.

Pengendali skuad Harimau Muda, E. Elavarasan, berkata, pemain berusia 21 tahun itu mengalami jangkitan kuman dalam perut yang memaksanya menjalani rawatan.

“Dia tidak dalam keadaan baik, malah doktor sudah menasihatkannya supaya jangan bermain, jadi saya fikir lebih baik beri masa untuk dia pulih,” katanya kepada pemberita ketika sesi latihan terakhir menjelang Piala Merlion 2023 di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM ), Kelana Jaya, Selangor pada Rabu.

Skuad B-22 bakal berlepas ke Singapura pada Khamis dan dijadual menentang Kemboja di Stadium Jalan Besar Singapura, Jumaat ini.

Dalam pada itu, pemain tengah skuad muda negara, Mohd Aiman Afif Md Afizul, mengakui terkesan tanpa penampilan Mukhairi dalam kejohanan berprestij itu.

“Tetapi kami pemain yang ada ini akan berikan terbaik untuk perlawanan nanti, kita cuba menang dalam Piala Merlion,” katanya.

Sementara itu, mengenai persiapan ke Sukan SEA, Kemboja yang akan bermula Mei ini, Elavarasan berkata, Piala Merlion 2023 bakal dijadikan medan untuk dia memastikan barisan skuad kebangsaan yang terbaik.

Katanya, kem latihan skuad Harimau Muda itu bakal bersambung bulan depan sebagai persiapan untuk temasya dwitahunan berkenaan.

Selain tuan rumah Singapura, Piala Merlion disertai oleh Malaysia, Kong Kong dan Kemboja.

Kali terkahir Piala Merlion dianjurkan pada 2019 dengan Singapura, yang dibimbing Fandi Ahmad, muncul juara kejohanan empat negara itu. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Keyakinan makin memuncak, fans JDT ramal laungan ‘siuuu’ bakal bergema di SSI – Sukan

Next Post

Mesut Ozil umum ‘gantung but’ pada usia 34 tahun – Sukan

Related Posts