Peminat PSG tak sabar menanti kehadiran Messi

RIBUAN peminat Paris Saint-Germain (PSG) dilaporkan sudah menunggu kehadiran pemain terbaik dunia, Lionel Messi di kota Paris sejak malam semalam.

Selepas sah meninggalkan Barcelona, Lionel Messi dijangka tiba di Paris hari ini untuk melengkapkan perpindahan mega sekali gus disatukan semula bersama bekas rakan sepasukannya, Neymar.

Sudah pasti kehadiran Messi dilihat sebagai tonik terbaik buat The Parisians dalam usaha menamatkan kemarau penantian memburu trofi Liga Juara-Juara buat kali pertama.

PSG merupakan satu-satunya kelab yang mampu membayar 35 juta euro (RM173.87 juta) setahun kepada bintang Argentina itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut laporan Sports Ndtv, ribuan peminat PSG berkumpul di lapangan terbang Le Bourget untuk menyambut ketibaan Messi namun hasrat mereka tidak kesampaian.

Ketika memberi ucapan selamat tinggal kepada Barcelona semalam, Messi mengakui PSG mungkin destinasi seterusnya tetapi belum ada sebarang perjanjian.

“Saya berikan segalanya untuk Barcelona sejak hari pertama saya tiba sehingga hari terakhir. Saya tidak pernah terfikir akan mengucapkan selamat tinggal.

“Saya masih belum menerima hakikat saya akan meninggalkan kelab ini sekarang kerana saya amat menyayangi kelab ini,” kata Messi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Next Post

Sahut cabaran duduk di rumah, bos Liverpool akhirnya belajar ikat tali leher

Related Posts