Peminat obses hampir pengsan ketika jumpa Mayweather

BAGAIKAN selebriti.

Begitulah yang dapat digambarkan mengenai juara tinju dunia, Floyd Mayweather yang memiliki peminat di seluruh dunia.

Terbaharu, seorang peminat lelaki nyaris pengsan gara-gara teruja dapat bersemuka dengan atlet terkenal itu.

Lelaki itu terduduk di hadapan idolanya dan perlu dipapah untuk bangun semula.

“Selepas tuhan saya, saya hormati kamu,” ujar peminat itu kepada Mayweather.

Kelihatan keliru, Mayweather bagaimanapun tetap melayan permintaan lelaki itu untuk bergambar.

Kejadian itu berlaku ketika Mayweather sedang beradai di Dubai.

Dia berada di sana untuk mengumumkan rancangannya kembali ke gelanggang dan dijangka berada di sana sehingga akhir Februari. – Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI



Sumber dari mStar

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Previous Post

Ronaldo dilaporkan arah ejen cari kelab baharu

Next Post

Shebby Singh meninggal dunia

Related Posts