‘Pemilihan kapten penting’, Azraai Khor persoal kredibiliti Manuel Ott, puji game Kedah-Selangor aksi terbaik Sang Kenari – Sukan


KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) pulang dengan penuh hampa apabila tewas ditangan Selangor FC dengan keputusan 2-3 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.

Perlawanan itu dimeriahkan dengan sorakan dari pasukan pelawat apabila tonggak import Sang Kenari, Amirbek Juraboev membuat jaringan pembukaan seawal minit keenam.

Namun, kegembiraan penyokong Hijau Kuning itu tidak bertahan lama apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah susulan berlaku insiden kekasaran ke atas pemain Selangor.

Tiga minit kemudian, kem Sang Kenari kembali tersenyum lebar apabila penyerang Brazil, Willian Lira berhasil memusnahkan benteng pertahanan Gergasi Merah yang diketuai Yazan al-Arab.

Babak pertama perlawanan ditutup dengan laungan ‘Siuuu’ apabila Faisal Halim akhirnya menyumbangkan satu gol di penghujung masa pertama.

Manuel Ott antara pemain KDA FC yang tidak menyerlah. — Facebook/KDA FC

Walaupun babak kedua di MBPJ bermula agak perlahan namun drama kad merah menghangatkan suasana dan menaikkan amarah penyokong Hijau Kuning.

Kamil Akmal kemudiannya dilayangkan kad merah apabila dia melakukan bentesan ketika pemain Selangor dalam situasi ‘satu lawan satu’ dengan Kalamullah hingga Sang Kenari terpaksa akur beraksi dengan 10 orang pemain sahaja.

Keputusan itu jelas menghangatkan lagi suasana di stadium dengan beberapa pemain serta sebilangan besar penyokong KDA FC mempersoalkan tindakan pengadil perlawanan, Nazmi Nasaruddin.

Kem KDA FC berakhir dengan kekecewaan apabila Noor Al-Rawabdeh menambah jaringan pada minit ke-78 buat Gergasi Merah.

Azraai Khor Abdullah. — Facebook/KDA FA

Bekas jurulatih Sang Kenari, Azraai Khor Abdullah berkata, keseluruhan persembahan anak-anak buah Nafuzi Zain bermain dengan sangat baik yang mana ini antara perlawanan terbaik pernah dia saksikan.

“Ada banyak peningkatan dari segi corak permainan dan sedikit kelainan daripada sebelum ini.

“Tapi kalau tengok keputusan yang berlaku dalam padang rasa macam tak adil terutamanya penalti Selangor FC dan gol ketiga yang mana pengulas perlawanan turut kata ofsaid.

“Bola sepak itu kejam, benda itu subjektif, tapi apa yang saya nak terangkan boleh kata permainan Kedah ‘one of the best’ yang pernah saya lihat musim ini,” katanya pada Majoriti.

Balotelli antara pemain yang mengubah corak permainan Kedah. — Facebook/KDA FC

Jurulatih berusia 70 tahun itu turut berkongsi perbezaan permainan separuh masa pertama dan kedua skuad Sang Kenari yang mana dia menegaskan peranan kapten pasukan itu sangat penting.

“Kalau kita tengok percaturan coach Nafuzi itu nampak ada perubahan tapi masih ada banyak ruang untuk penambahbaikan, terutamanya komiment dari ketua pasukan.

“Separuh masa pertama mungkin Kedah tak ‘settle down’ yang mana di sini kita nampak pelantikan ketua pasukan itu penting untuk memberi arahan kepada pemain lain.

“Kemasukan dua pemain iaitu Jonathan Balotelli dan Fayadh Zulkifli mengubah corak permainan pasukan KDA FC,” jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Baru dapat kepercayaan, anak didik seperti reda LTK direhatkan – Sukan

Related Posts