Pemerhati beri 3 sebab Sang Penyu tewas dihenyak Gergasi Merah – Sukan


TERENGGANU FC (TFC) gagal meneruskan momentum kemenangan yang diperoleh dalam tiga perlawanan terakhir Liga Super apabila tewas 1-5 dengan Selangor FC dalam saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Selasa.

Kekalahan skuad Sang Penyu sekali gus menjadi kayu pengukur gameplay Terengganu FC apabila bertemu lawan sebenar atas padang.

Pemerhati sukan TFC, Analisis Bola Tranung di Facebook berpendapat kelemahan skuad Sang Penyu perlu segera diperbaiki bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

Perkongsian Analisis Bola Tranung di Facebook itu menyenaraikan tiga sebab punca kekalahan Terengganu kendalian Tomislav Steinbruckner kepada Selangor FC.

Liridon antara pemain yang kurang menyerlah ketika aksi menentang Selangor FC. — Facebook / Terengganu FC

1. Formasi berbeza

Pertama sekali, TFC turun dengan gandingan tiga pemain tengah yang mana ia berbeza dengan beberapa formasi perlawanan sebelum ini iaitu

4-4-2.

Menentang Selangor, ia seakan-akan 4-3-3 jika dilihat dengan double pivot ialah Habib Haroon dan Domagoj Pusic, sementara Liridon Krasniqi bertindak sebagai no 10 atau pemain tengah menyerang.

Satu perubahan yang besar mungkin bagi pemain-pemain yang kurang mampu untuk mengadaptasikan pelbagai formasi sebegini.

Aksi Pusic ketika menentang Selangor FC. — Facebook / Terengganu FC

Persoalannya, kenapa mesti diubah pada perlawanan ini? Kenapa tidak mengekalkan seperti sebelum ini yang mana para pemain lebih selesa dengan sistem 4-4-2 tersebut.

Formasi diubah melewati kebiasaan yang para pemain cukup selesa sebelum ini. Adakah demi seorang individu iaitu Pusic? Dan masih hendak mengekalkan Liridon pada satu-satu masa bersama Pusic? Maka terjadilah 4-3-3 sebegitu rupa.

Kesinambungan 4-4-2 perlu dibawa untuk menghadapi perlawanan yang lebih besar, bukannya mengubah secara drastik sambil berharap keputusan yang positif akan dituai.

Formasi tidak pernah salah jika kena pada caranya. Tetapi kita perlu juga melihat keupayaan pemain dan kesesuaian masa untuk digunakan.

Habib wajar diberi pujian kerana mempamerkan aksi yang baik semasa aksi menentang Selangor. — Facebook / Terengganu FC

2. Kualiti pemain

Kualiti pemain yang kita ada masih tidak menepati piawaian sebuah pasukan besar Liga Super. Pemain tengah TFC sangat tenat dengan hanya Habib yang masih okey.

Pemain sayap ada banyak pilihan, ia positif. Tetapi sekadar ‘average player’ yang tidak betul-betul terbukti keberkesanannya.

Penyerang, Ivan Mamut pula tiada ciri-ciri seorang peledak berkaliber walaupun sudah menemui sentuhan jaringan. Sentuhan pertamanya dan kawalan bola sangat lemah.

Jordan Mintah diakui jauh lebih baik daripada Mamut buat masa ini manakala Adisak lebih baik dari Mamut jika diletakkan sebagai penyerang no 10.

Mamut dikatakan tiada ciri-ciri seorang penjaring berkaliber. — Facebook / Terengganu FC

3. Kesilapan individu

Walaupun ia bermula dengan satu kesilapan individu, percayalah moral dan mood pemain akan berubah selepas itu. Maka berlakulah episod kesilapan individu secara besar-besaran seperti perlawanan menentang Selangor.

Kesilapan yang terus dihukum dengan jaringan itu sangat memeritkan. Ia perlu diambil serius oleh pemain dan jurulatih.

Gol pertama, ketiga dan kelima adalah kesilapan individu yang serius. Manakala gol keempat adalah situasi pertahanan yang sedikit leka atau kurang fokus terhadap situasi semasa.

Bagaimana hendak bersaing dengan pasukan yang besar jika kesilapan sebegini terus berterusan.

Terengganu FC di tangga keenam dengan 12 mata selepas mengharungi sembilan perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Tiada siapa minat beli Kelantan, Zamsaham dapat semangat TMJ – Sukan

Next Post

Baik lagi Kpah daripada Willian Lira — Azraai Khor – Sukan

Related Posts