Pemergian Lee Tuck buka pintu 3 pemain termasuk bintang naturalisasi ke Darul Aman – Sukan


PEMERGIAN tonggak tengah prolifik, Lee Andrew Tuck dari Kedah Darul Aman (KDA) FC sememangnya memberi kesan yang mendalam pada penyokong Sang Kenari, barisan kejurulatihan dan termasuklah pihak pengurusan.

Pada Rabu lalu, menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi KDA FC, skuad Sang Kenari memaklumkan perpisahan itu hasil satu persetujuan bersama yang dicapai antara pihak pengurusan dan Lee Tuck sendiri.

Musim ini, Lee Tuck memainkan peranan penting dalam merencanakan jentera serangan Kedah (KDA FC) dan sumbangannya itu turut diterjemahkan dalam bentuk jaringan dengan mencetak lima gol serta tujuh hantaran bantuan dalam 15 penampilan dalam saingan Liga Super.

Namun sudah adat dalam permainan bola sepak menyaksikan seseorang pemain itu akan berhijrah ke pasukan lain dengan tujuan untuk mengembangkan lagi kerjaya ataupun mendapat tawaran yang lebih lumayan.

Jika dilihat daripada sudut berbeza, pemergian pemain naturalisasi kebangsaan itu secara tidak langsung membuat pintu untuk barisan kejurulatihan mencari pemain baharu bagi menggantikan posisi Lee Tuck.

Tidak salah mengeluarkan pendapat masing-masing, berikut tiga pemain yang diinginkan penyokong untuk menyertai Kedah sebelum tutupnya jendela perpindahan pada 2 Ogos ini;

1) Paulo Josue

Josue musim ini mencetak tujuh gol buat skuad Warga Kota. — Facebook/KLCity

Ketua pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC, Paulo Josue menjadi sasaran utama penyokong skuad Sang Kenari untuk menggantikan tonggak kelahiran England tersebut berikutan kedua-dua mereka memainkan peranan yang sama sebagai pemain tengah menyerang.

Bukan hanya penyokong, malah jurulatih legenda Sang Kenari, Azraai Khor Abdullah juga mencadangkan pemain naturalisasi Warga Kota itu sebagai pengganti ideal untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Lee Tuck.

Kelebihan yang ada pada pemain berusia 34 tahun itu seperti sepakan percuma, hantaran tepat dan mempunyai kreativiti dalam permainannya boleh menambah kekuatan pada bahagian tengah pasukan berpangkalan di Utara tanah air tersebut.

Lebih mengujakan penyokong apabila muncul khabar angin mengatakan Josue semakin hampir ke Darul Aman selepas namanya tidak tersenarai dalam perlawanan City Boys menang 5-1 ke atas Kelantan pada Sabtu.

Kehilangan pemain kelahiran Brazil itu pada perlawanan berkenaan menjadi tanda tanya kerana Josue tidak pernah terlepas daripada beraksi untuk Kuala Lumpur pada saingan Liga Super musim ini.

2) Khuzaimi Piee

Khuzaimi dikatakan akan dipinjamkan ke pasukan Utara tanah air pada jendela perpindahan kedua. — Facebook/SelangorFC

Bek tengah Selangor FC, Khuzaimi Piee yang pada awalnya dikhabarkan akan ke Penang FC berkemungkinan akan melencong destinasinya ke bumi Darul Aman selepas wujud khabar angin mengatakan kedua-dua kelab itu akan melakukan pertukaran pemain antara tonggak pertahanan itu dan Lee Tuck.

Khabar angin itu juga dikaitkan apabila sebelum ini ada laporan mengatakan Kedah dalam misi mencari pemain pertahanan untuk menguatkan jentera belakang Sang Kenari pada pusingan kedua Liga Super musim ini.

Jika khabar angin tersebut menjadi realiti, ia juga sebenarnya memberi peluang untuk Khuzaimi mencari minit permainan berikutan pemain berusia 29 tahun itu bukan watak utama Gergasi Merah pada musim ini.

Hanya tampil dalam sembilan perlawanan Liga Super dan tiga daripadanya diturunkan sebagai pemain gantian pasti membuatkan pemain kebangsaan tersebut ingin mendapatkan angin baharu demi kelangsungan kerjayanya.

3) Fazrul Amir

Fazrul Amir menyertai Kelantan FC pada jendela perpindahan musim lalu. — Facebook/TRW

Selepas meminjamkan Al Hafiz Harun ke pasukan jiran, Penang FC, skuad Sang Kenari hanya memiliki Fayadh Zulkifli Amin untuk menggalas tanggungjawab untuk beraksi di posisi sayap kiri.

Malah, sebelum ini Majoriti turut melaporkan bahawa terdapat KDA FC sedang menunggu seorang pemain sayap secara pinjaman dari pasukan lain untuk menyelesaikan isu ketempangan pemain sayap kiri mereka.

Antara nama penyerang sayap yang menjadi idaman penyokong Sang Kenari ialah pemain kelahiran Kelantan, Fazrul Amir Zaman yang merupakan tonggak skuad The Red Warriors (TRW) musim ini.

Musim ini, pemain berusia 23 tahun itu merekodkan dua gol dan satu hantaran bantuan dalam 14 perlawanan Liga Super dia diturunkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

‘Last minute’ dapat tahu jadi calon, Aliff Taufid tetap gigih raih sokongan pengundi di Bandar Utama – Sukan

Next Post

Tempang tanpa import Nigeria, skuad Seladang yakin jinakkan Tok Gajah – Sukan

Related Posts