Pemain umpama diva antara 4 punca prestasi pasukan merudum – Sukan

PRESTASI merundum sesebuah pasukan sememangnya bala yang mahu ditepis setiap pasukan yang berada di dalam Liga Malaysia (Liga M).

Selain persembahan ditunjukkan oleh pemain, semangat serta sokongan pihak pengurusan dan peminat menjadi antara tulang belakang kejayaan sesebuah pasukan.

Namun, kemerosotan prestasi yang mendadak menandakan terdapat ‘virus’ yang sedang merebak di dalam satu-satu skuad tersebut.

Beberapa faktor yang menjadi tembok penghalang kejayaan sesebuah pasukan perlu ‘diruntuhkan’ sebelum menjadi ‘kulat’.

Berikut adalah empat sebab yang sering dikaitkan dengan kemerosotan prestasi sesebuah pasukan.

Peminat The Bos Gaurus sentiasa bersedia menjadi tulang belakang pasukan tersebut. — Agensi

1. Masalah kewangan

Faktor kewangan yang dihadapi oleh kebanyakan persatuan bola sepak negeri turut menghancurkan mutu bola sepak negara.

Hal ini berlaku akibat kegagalan mereka membayar gaji pemain hingga menjejaskan semangat dan keinginan pemain untuk bermain habis-habisan.

Dalam konteks ini, kurangnya penajaan sektor swasta di samping kutipan tiket perlawanan yang rendah menjadi sebab utama pekara ini berlaku.

Sebagai contoh, Perak FC pernah terpalit dengan masalah kewangan sehingga pemilik pasukan itu sanggup melepaskan skuad The Bos Gaurus walaupun dengan harga RM1.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Muhammad Yunus Zakariah dilaporkan mengakui pihaknya tidak mampu untuk menyelesaikan hutang pasukan berjumlah kira-kira RM8 juta termasuk RM2 juta membabitkan tunggakan gaji pemain.

Skuad kendalian Yusri Che Lah itu dikenakan pemotongan tiga mata oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan berdepan hukuman lebih berat iaitu ditolak enam mata lagi jika masih gagal menyelesaikan bayaran tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan.

Selain itu, peminat Perak turut mengambil inisiatif sendiri dalam membantu pasukan ketika dilanda krisis kewangan apabila melancarkan tabung sumbangan yang kemudiannya diberikan kepada pemain dan pegawai pasukan yang telah tiga bulan tidak menerima sebarang gaji.

Pemain Kedah masih lagi bergelut dengan masalah kecergasan dan penyokong mendesak agar jurulatih kecergasan. — Agensi

Ketidakcekapan jurulatih kecergasan

Tahap kecergasan dan stamina pemain-pemain mengharungi perlawanan selama 90 minit itu penting agar mereka boleh kekalkan momentum perlawanan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Masalah ini dikatakan menjadi penyumbang kepada kemerosotan prestasi pasukan Kedah Darul Aman (KDA) apabila pemain-pemainnya mudah ‘pancit.’

Perkara ini diakui oleh ketua jurulatih Kedah, Aidil Shahrin yang menyifatkan para pemainnya mudah hilang fokus dan tidak belajar dari kesilapan lepas pada perlawanan menentang Melaka United FC, Mei lalu.

Dalam perlawanan tersebut, barisan pemain Kedah sudah ‘pancit’ pada 20 minit terakhir sekali gus membuka ruang untuk skuad Melaka United mendominasi permainan.

Sehingga kini, pemain Kedah masih lagi bergelut dengan masalah kecergasan dan penyokong mendesak agar jurulatih kecergasan skuad Kenari, Khairulanwar Md Isa dipecat.

DNA Jerman dan pasukan Selangor masih lagi tidak serasi. — Agensi

3. Masalah komunikasi

Komunikasi berkesan adalah aspek paling penting dalam memastikan sesuatu arahan atau cadangan disampaikan dengan tepat daripada pemberi mesej kepada penerima mesej.

Walaupun dalam arena bola sepak, rata-rata pemain mengakui mereka mampu mengatasi masalah perbezaan bahasa apabila berhadapan dengan jurulatih import atau pemain import, namun aspek ini bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan.

Kegagalan pasukan Selangor menyerap DNA Jerman yang diusahakan oleh ketua jurulatih, Michael Feichtenbeiner dikaitkan dengan isu ketidakserasian para pemain dengan figura tersebut.

Walaupun enggan meneka sebab sebenar kejatuhan prestasi Selangor, namun penganalisis sukan, Mohd Sadek Mustaffa tidak menolak sekiranya kegagalan komunikasi berlaku dalam pasukan tersebut.

Ini sangat jelas apabila para pemain Selangor sering kali hilang arah di atas padang, biarpun mereka memiliki kekuatan dan kemahiran yang seimbang di dalam pasukan.

Pemain senior yang besar kepala mampu mempengaruhi pemain muda. — Agensi

4. Sikap ‘primadona’ pemain senior.

Sikap pemain senior yang beranggapan mereka lebih besar daripada pasukan menjadi ‘virus jahat’ buat bola sepak negara sehingga boleh merosakkan kualiti permainan, seterusnya menjejaskan sesebuah pasukan.

Aspek ini merupakan cabaran besar buat ketua jurulatih kerana pemain-pemain diva ini boleh mensabotaj pasukan dengan ego mereka.

Justeru, keserasian perlu wujud diantara pemain-pemain senior dan jurulatih, terutama apabila pemain senior tersebut sudah menyertai pasukan lebih lama berbanding jurulatih tersebut.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim, ketika menyandang jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pernah mendedahkan bahawa arena bola sepak di negara ini tidak terkecuali daripada sikap negatif berkenaan.

“Semua pasukan berdepan perkara sama. Tidak kiralah berapa ramai pemain muda yang kita ada, apabila menyertai pasukan senior, sama ada bersama kelab ataupun negara, mereka akan dipengaruhi kumpulan ini (pemain senior),” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

MFL silap besar umum awal format baharu 2023 – Sukan

Next Post

Jika benar 2 bintang ini sertai Sabah, ia ancaman baharu buat JDT — Pakar – Sukan

Related Posts