Pemain Sarawak, Melaka bakal hadapi 3 kemungkinan — Jamal Nasir – Sukan


‘BAGAI melukut di tepi gantang’ merupakan perumpaan tepat untuk menggambarkan nasib pemain-pemain Sarawak United FC (SUFC) dan Melaka United FC (MUFC) setelah kedua-dua pasukan tersebut disingkirkan daripada saingan Liga Super musim depan.

Penyingkiran tersebut membuatkan kedua-dua pasukan tersebut tiada pilihan lain kecuali merendahkan ‘darjat’ mereka untuk bermain di dalam saingan Liga Divisyen Tiga (Liga M3) sekiranya ingin kekal wujud dalam kalender Liga Malaysia.

Namun tidak semudah disangka, SUFC dan MUFC masih perlu mendapatkan ‘kebenaran’ daripada Amateur Football League (AFL) terlebih dahulu memandangkan liga tersebut sudah cukup ‘kuota’ dengan 14 pasukan bakal bertanding pada musim depan.

Ketika ini, tujuh pasukan teratas daripada dua kumpulan Liga M3 musim ini secara automatik akan beraksi dalam saingan musim depan yang akan menggunakan format seperti Liga Super dengan 14 pasukan.

Kinabalu Jaguar merupakan satu-satunya pasukan dari Borneo yang bermain di Liga M3. — Facebook/ Kinabalu Jaguar

Mengulas mengenai nasib kedua-dua pasukan, bekas pemain bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir menjangkakan SUFC dan MUFC akan menerima nasib sama seperti pasukan Perlis satu ketika dahulu.

“Sekarang ini, pemain-pemain MUFC dan SUFC perlu cari pasukan baharu. Pada saya peluang pasukan Sarawak terutamanya untuk masuk M3 mungkin susah kerana dari segi logistik, hotel dan sebagainya memerlukan kos tinggi.

“Besar kemungkinan M3 tidak akan benarkan lagi pasukan dari Borneo untuk sertai. Sebagai contoh, kini ada pasukan Kinabalu Jaguar FC dalam Liga M3. Saya pernah wakili pasukan Malaysian Universiti dan pembelanjaan untuk perlawanan di Sabah adalah sebanyak RM30,000 hingga RM40,000.

“Pasukan Tun Razak City tidak pergi ke Sabah (dipercayai sebab kos memandangkan pasukan amatur menggunakan duit poket sendiri) dan mereka terpaksa memberikan kemenangan percuma kepada pasukan Kinabalu Jaguar FC. Ini membuatkan persaingan jadi tidak adil,” katanya kepada Majoriti.

Jamal Nasir bersimpati dengan nasib pemain MUFC dan SUFC. — Facebook

Jelas Jamal, terdapat tiga masa depan menanti pasukan MUFC dan SUFC sama ada mereka melobi diri dengan pasukan baharu, menurunkan ‘darjat’ dengan bermain bersama pasukan amatur atau gantung but.

Secara lumrahnya, sukar buat pemain-pemain di peringkat profesional yang mendapat bayaran gaji puluhan ribu untuk mengubah gaya hidup dengan gaji amatur yang berada dalam lingkungan RM2000-RM3000.

Dengan itu, sudah pasti pasukan SUFC dan MUFC bakal membentuk pasukan baharu dengan pemain-pemain bukan profesional sekiranya mahu sertai Liga M3.

“Karier pemain-pemain SUFC dan MUFC berkemungkinan akan terkubur sekiranya tidak ada pasukan lain berminat dengan mereka. Kecuali mereka sanggup bermain dalam standardLiga M3.

“Perubahan ini akan menjejaskan gaya hidup mereka dan sebab itu, tidak mustahil sekiranya mereka ‘gantung but’ untuk mencari pekerjaan lain yang setara sekiranya tidak dipanggil mana-mana pasukan musim depan,” jelasnya.

Tambahnya, peluang untuk kedua-dua pasukan untuk memasuki semula Liga Super pada musim 2024 agak kabur, namun tidak mustahil sekiranya terdapat sokongan daripada orang-orang berpengaruh.

“Bila dah keluar memang susah nak masuk balik Liga Super lebih-lebih lagi dengan format baharu yang sudah tidak ada Liga Perdana. Tapi perlu ingat, undang-undang adalah ciptaan manusia dan boleh dipinda.

“Timbalan Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi merupakan orang kuat FAM dan situasi sama dengan SUFC. Jadi, kemungkinan perubahan terhadap peraturan itu boleh berlaku,” jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Previous Post

Gol terbaik Liga M kategori baharu ABK 2022 — MFL – Sukan

Next Post

Suasana harmoni bilik persalinan The Bos Gaurus jadi agenda utama LTK – Sukan

Related Posts